Author Archives: ashrafrazi

Aku ingin keluar…

Pernah x merasakan sesuatu yang sukar untuk dibuat. Susah sangat. Hati dah x ada. Keyakinan dah x ada. Pernah x. Pernah x?

Aku ingin keluar daripada kepompong tersebut. Ingin keluar dari selimut kemalasan. Dah tak mahu berat untuk bergerak.

Kenapa ini semua terjadi?

Aku mula mengambil pengajian peringkat master. Seperti tidak percaya aku sampai ke tahap ini sedangkan aku sangat merasakan betapa tidak layak dan lemah nya aku dalam peringkat ini. Aku sudah menjangkakan dari awal yang aku bakal lemah diperingkat ini. Namun aku telah mengambil cabaran untuk meneruskan. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Research yang aku lalui seakan sungguh palsu. Seperti tidak ada kebenarannya. Dan aku tak mahu teruskan. Inilah luahan hati aku yang aku ingin campakkan ke muka prof. aku. Tapi kenapa apabila berdepan dengan dia aku seakan menipu, terus berbahas dan terus berdiskus tentang research ku? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Aku letih dengan perasaan begini.
Adakah aku mampu atau tidak? Aku dikelilingi oleh Koreans. Labmate aku semuanya adalah koreans. Meeting2 lab semua dikendali dalam bahasa korean. Aku sukar memahami isi meeting. Lalu bagaimana aku mampu untuk mengembangkan bidang ini? Allah. Aku benar2 terperap diantara ingin meneruskan atau tidak. Hampir setiap hari aku kata mahu berhenti. Hampir setiap hari…
Dimana penghujungnya?

Oh. Adakah aku sudah tidak mengimani “La yukallifullahunafsan illa wus’aha”…. ampunkan aku yaAllah.

Aku ingin kembali. Aku ingin keluar. Aku ingin keluar daripada ketiada yakinan ini kepada yakin dan berserah kepada Allah beserta usaha yang jitu. Saksikanlah akan tulisan ini yaAllah. Aku ingin men….cuba sekali lagi…

Disini, sambil mendengar ‘healing, sami yusuf’ dalam perjalanan menuju ke zoo ingin melihat fitrah dan sunnatullah yang agung, semoga saat pulang nya aku nanti ke rumah dan sekolah, menantikan azam dan semangat baru untuk aku.
Aku mulakan semula dengan….

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM


Di jalan ini aku dan dia menggapai syurga

image

Cinta dan 사랑 kini menyelimuti kami. Syukur padaMu ya Allah.


ISK- I Suka Kamu?

Image

Saban tahun, pelbagai poster, moto dan kata-kata keluar dari sebuah persatuan yang dikenali AMIR Korea untuk mengajak seluruh masyarakat Malaysia yang berada di Korea Selatan untuk ke sebuah program yang diberi nama ISK….. ISK?

sebuah pertanyaan, bagi mereka yang pertama kali mendengar akannya.

segerak anggukan kepala “ooooww”, bagi yang sering mendengar namanya

sebesar hati menadah bagi yang telah menyelami perasaan indahnya pengalaman bersama ISK

selembar senyuman dan se”sayang” ajakan bagi yang sedang giat mempromosi serta mengajak kamu-kamu diluar sana untuk ke ISK.

manakan tidak diajak makan Baskin Robbin jika tidak sedap. manakan pula tidak diajak ke ISK jika tidak berbuah hati kerana ISK.

bukanlah ISK itu lembaran kitab suci yang baru, mahupun bid’ah apatah lagi ajaran sesat. Astagfirullah. jauh sama sekali.

aku bisa katakan ianya permulaan atau “new paradigm” bagi jiwa-jiwa yang sudah lama terhimpit sempit dalam kegelapan gua yang disangka gelap gelita namun tidak mengerti dihujung sana ada jalan keluar kepada cahaya atas cahaya.

aku bisa katakan disini lahirnya insan-insan yang dulunya hidup berpijak dunia “ber”jinjing dunia namun setelah itu berpijak dunia “men”junjung akhirat.

aku bisa katakan sebuah medan bermulanya ikatan ukhuwwah semanis manggis dipepohonan yang ranum lagi putih berseri.

Ada diantara kita, sedang mengajak bersama ke ISK

Ada diantara kita, sedang diajak bersama ke ISK

kerana kita sama-sama ditakdirkan pada permulaanya bertemu untuk ke ISK

kerana kita sama-sama mahu saling mengatakan I Suka Kamu fillah, bil iman

“29,30,31 Januari 2013, Silloam pension, Gapyeong

Sense Our Soul: INI SEJARAH KITA 2013″

layari link ini untuk maklumat lanjut ISK 2013: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=553844641327215&set=a.140521892659494.24232.140482979330052&type=1&theater


Terasa Berbunga

yessss….

betolla tuh, ni mesti da dapat jawapan ke apa… apa lagi kalau bukan sebab tu….

(kata-kata sahabat ketika aku meluahkan bahawa hati ini sedang berbunga-bunga)

Musim bunga di Korea sudah melabuhkan tirainya beberapa minggu lepas. Kini hijau meliputi seluruh alam ciptaanNya.Masih cantik tiada tara. Biarpun cuaca semakin lama semakin panas, biarpun bumi melabuhkan tirainya untuk menuju ke alam yang lebih hijau, namun disini qalbuku terasa sejuk damai yang berbunga-bunga. Alam tersenyum, aku jua turut tersenyum. Bukankah Allah itu menurunkan sakeenah dahulu kemudian disusuli dengan pertolongan. iya, sakeenah itu..itu lah word yang aku nak sama ertikan dengan hatiku sudah berbunga-bunga. pernah terdetik tak dalam diri kita, adakah kita pernah dalam hidup ini. walaupun sekali, walaupun sesaat kita merasakan sakeenah dalam hati, pemikiran, gerak geri kita? Mungkin kita pernah, tetapi kita tidak perasan akan kehadirannya.

"anzalallahu sakeenah"
"Allah menurunkan semangat tenteram"

itu lah dia. kalam Allah menyirami hati jiwa manusia yang sangat keras untuk berhubung dengan Mu. iya.. perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini keatas diriku makin membuat hatiku berbunga-bunga. Makin ku rasa indahnya tawakkal dan doa kepada Mu. Makin ku rasa dirimulah yaAllah yang sedang berbicara dekat denganku. Setiap yang berlaku, Allah jadikannya hikmah buat kita. Dan apa yang berlaku keatas diriku kali ini merupakan hikmah untuk menjadikan hati ku ini merasai sakeenah kurniaan daripada Mu. aku makin bergantung harap padamu, aku makin sering merasai sakeenah itu, dengan keizinan kasih cintamu ya Illahi.

Pada malam yang sering ku rindui, ketika itulah monolog dalam diri ini muncul. aku bertanyakan itu, aku memikirkan itu, aku mengharapkan itu, aku cuba meyakinkan itu, sehingga lena ku terkacau dek memikirkan perkara-perkara ini. Tetapi monolog ku bukanlah sia sia bagiku. monolog ku adalah rahsia antara aku dengan Allah. Dan monolog inilah yang membuat hatiku berbunga-bunga.

Cukuplah sampai disini sahaja jariku memetik keyboard di laptop ini. Takkan ku beritahu apakah rahsia yang ku bermonolog sendirian dikala malam yang sering dirindui oleh jasad-jasad yang keletihan lagi lemah. Bukanlah ketika aku sudah menemui sang hati bakal peneman hidupku baru ku katakan hatiku berbunga-bunga, tetapi aku harus katakan hatiku berbunga-bunga setiap kali aku merasakan sakeenah yang dianugerahkan oleh Allah kedalam hati ku. Dan sakeenah itu milik Allah yang wadud lagi ro uf tiada yang dapat memberinya selain Allah. Bermohonlah, bermunajatlah, berzikirlah meminta hati yang tenang, untuk memipin amalan kita kelak supaya jalan jannahNya terbuka luas bagi yang sentiasa mengingatiNya.

Wallahua’lam.


ILHAM

ILHAM


Tak semua punya IBU, tapi semua datang melalui IBU

NIKMAT!

tersentak aku sebentar,

nikmat manakah?

UMMIKU

yup,

UMMIKU

nikmat yang Allah beri.

melaluinya aku mengecapi Iman dan Islam. aku merasai apa itu kasih sayang.

datang dari ALLAH melalui UMMIKU.

Ashraf, nama yang diberi oleh ummi babaku.

Allah kekalkan ummiku sehingga ke hari ini.

masih bernafas dalam kalimat cintaMu.

terima kasih yaAllah.

aku dilahirkan dengan cukup sempurna,

ditatang bagai minyak yang penuh.

aku sempurna, aku sempurna, aku sempurna yaAllah.

terima kasih yaAllah.

NIKMAT hadiah yang kau berikan kepada ku.

janganlah biarkan aku mengingkari nikmat yang ini.

jauhkan lah aku dari segala kefasikan.

semua orang datang dari ibu

MUHAMMAD s.a.w pun sama.

ummiku juga pun sama.

tapi tak semua ada IBU hingga ke akhir hayat dia.

ada yang kehilangan ibu sejak mereka membuka mata melihat dunia lagi,

ada yang kehilangan tatkala dia masih dalam menyusu,

ada yang kehilangan tatkala dia sedang dalam mengenal apa itu A B C

ada yang kehilangan tatkala dia sedang berusaha menggapai ijazah nya,

ada yang  kehilangan tatkala dia sudah berpangkat C.E.O

NAMUN……

aku masih belum kehilangannya..

masih belum dan masih belum..

begitu juga dengan rakan rakan ku yang lain,

ada yang masih belum kehilanganya.

usykur ilallah.

syukur. Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah.

saat dia masih bernafas ini, berbaktilah. jagalah.peliharalah

dakaplah nikmat dan hadiah teragung ini,

supaya kelak, tatkala pemergiannya kita berpuas hati kerana sempat menunaikan haknya.

sekali lagi, peliharalah HADIAH ini,

sedarlah nikmat ini datang daripada Allah

untuk kita perjuangkan ADDIN ALLAH, meneruskan perjuangan para anbiya pencinta addinNya.

[post sempena hari lahir ummi ku yang ke 51]


pantun KITA :)

Pantun Untuk KITA

Pembuka:

Calon isteri mestilah dara,
Supaya KITA senang hati;
Ucapan bismillah pembuka bicara,
Agar acara KITA diberkati.

Isi:

Pergi ziarah kaum kerabat,
Jangan lupa senyum sikit;
Marilah berubah wahai sahabat,
Bangkitlah KITA sebelum sakit (13:11)

KITA semua tak sama,
Kehidupan dunia tak lama;
Islam jangan sekadar nama,
Islam itu untuk semua. (13:28)

Pergi kedai beli halia,
Halia dimasak dengan ‘butter’;
Tolong menolong amalan mulia,
KITA tolong Allah, Allah tolong KITER (47:7)

Bulan Ramadhan mestilah puasa,
Bila buka mestilah jimat;
Setiap itu dari Yang Esa,
Bertambah syukur, bertambah nikmat (14:7)

Pergi kedai beli cekak,
Cekak dibeli untuk kakak;
Janganlah KITA sombong dan bongkak,
Nanti mati ke kubur jugak (40:60)

Pergi berenang ke Sg Mukah,
Berenang lagi sampai ke Mekah;
Janganlah KITA saling memangkah,
Takut nanti Allah yang pangkah.

Penutup:

Pergi US hati-hati,
Pergi OZ bawak sugi;
Janganlah antum bersedih hati,
Di syurga nanti berjumpa lagi

(Koleksi pantun Rehlah Wida’ TSM 2011)
Oleh Mior Syahmi© Hakcipta Yang Maha Esa


Aku makhluk neraka

Wahai tuhan ku tak layak ke syurga mu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.

Jika tak ke syurga, ke neraka
Jika tak ke neraka, ke syurga
Pilihlah antara syurga dan neraka

Perbuatan ku perbuatan ahlunnar.
Bagaimana aku bisa mendapat darjat ahluljannah?

Kulihat yang lain berlari lari sambil menitiskan airmata mengejar hidayah
Aku juga berlari tetapi lari ku adalah lari dari hidayahMu.

Kulihat disana ada yang mempertahankan hidayahnya sambil menangis teresak esak
Aku juga sedang bertahan tetapi aku menahan diriku daripada terus mendapat hidayahMu.

Kulihat sekelilingku menangis kegembiraan mensyukuri lautan nikmat yang telah kau beri
Aku juga menangis tapi tangisanku adalah tangisan yang merungut akan nikmat yang telah Kau beri

Nafsu adalah bantal pelukku
Kejahatan adalah Makanan pagi ku
Keingkaran adalah minuman dikala kehausan
Kemalasan adalah komputer peribadi ku
Hasad dengki fitnah memfitnah umpat mengumpat adalah gula gula pemanis lidahku

Dimana kedudukan ku sekarang?

Layakkah aku berada dalam kalangan mereka mereka yang sedang berlari,bertahan dan menangis untuk hidayah dari Allah?

Sungguh benar aku tak layak JIKA hitam itu aku tidak putihkan, karat itu aku tidak kikiskan, debu itu aku tidak licinkan.

JIKA begitu, masih tidak mahu berubah

MAKA aku makhluk NERAKA!!!!!!!

 


kepada yang selalu menulis, teruskan lah menyulami hati-hati para pembaca

“Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia… yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah… menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!” (Ustaz Pahrol)


puisi tercipta sebelum tidur

image

aku rebah di kala yang lain sedang rebah,
namun ku pandang kiri gelap ku pandang kanan gelap,
mahu bangkit sebelum ada kata kata sinis terhebah,
terus ku bangkit sambil peluhku darahku airmataku aku ngelap,
aku lalui semua duka dan lara suka dan tawa dengan kepekatan indahnya muhasabah,
menjadi pasti apa yang tertulis untuk diriku yang masih tullab.

-Acap-