Monthly Archives: January 2011

mulakanlah harimu dengan kalimatullah. moga moga menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepadanya sepanjang hari.

Advertisements

winter class pertama ku

sudah berlalu kisah ku di SKKU seoul campus…yup, sudah berlalu meninggalkan seribu kenangan. yelah, dalam suasana baru. lalu apa yang tak terbuat sepanjang berada di situ, lupakanlah, kerana masa memang x pernah cukup untuk memenuhi jadual belajar yang setiap hari hingga sabtu bermula jam 9 hingga 12. wow, 3 jam disitu. perkenalkan lecturer aku, namanya Daniel Hobbs. takde gamabr disini. cara dia mengajar tiada rehat, kecuali dia nak pergi tandas, itupun dalam masa 2 minit, dan betul2 2 minit dia pergi tandas. so, rehat kami adalah 1~2 minit sahaja lah. tapi takpe, selalu juga dia datang lambat and selalu juga dia habiskan awal. bersyukur dapat dia sebagai lecturer aku kali ni. kali ni, secara kesimpulan yang aku boleh katakan hmmh, lebih faham apa yang diajar, sebabnya, 1)masa kosong yang banyak yang boleh buat exercise 2)dapat study leave 3) ada tempat study(연람실) yang sangat menarik. 4) azim dapat luahkan masa banyak dengan kitorg(kalo x asik sibuk ngn 창공 dia je).

nah, kini perkenalkan 2 orang kawan aku yang sama-sama duk redah snow pagi2, naik bas 160 (kalau turun2 tgk jam kul 7.45 a.m mmg kene naik subway), menapak satu tapak demi tapak sampailah ke kelas yang besar memuatkan 80 orang. tak de dorang ni, x leh survive gak aku rasanya. sapa mereka tu? ni ha, kat bawah:-

namaku Azim

ini lah mereka berdua. Azim cikgu kitorg. huahuaaa. dia tu seryes memang 짱이다. haha. banyak gak kene marah ngn dia, yela cikgu kan, mestila kalo buat takbetol kene marah. haha. thnks azim, jasamu dikenang.

sebenarnya, SungKyunKwan Univ(SKKU) ada dua campus. satu di suwon(natural science campus dimana dak2 engin, doktor, scientist2,arkitek2 dll) dan satu lagi di Seoul(humanities and social science dimana dak2 law, ekonomi, arts dll). dengar cerita nak wat satu lagi campus ntah kat mana. haha. SKKU merupakan Univ yang berjaya menstabilkan taraf dan kemajuan di kedua-dua buah kampus ni dan banyak menolong univ ini dalam menjulang namanya sebagai universiti terbaik di korea selatan. sebenarnya mempunyai 2 buah kampus yang berada pada jarak yang agak jauh, adalah suatu yang mencabar bagi pihak pengurusan universiti,tidak seperti univ2 lain yang kampus social science dan natural sciencenya berada pada jarak yang amat dekat bahkan ditempatkan dalam satu kawasan yang sama. tetapi SKKU telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan meletakkan univ ini di ranking yang tinggi serta menjadikan univ yang tersenarai dalam list “the best univ” oleh rakyat korea sendiri. dah memang SKKU ni suka jauh2 kot, dia punya hospital pun dekat  gwanghwamun, pun jauh juga. biarlah univ ini dengan keunikannya yang tersendiri.[sumber daripada Sungkyunkwan Times December 2010]

campus di suwon

seoul campus(main campus)

aku belajar di suwon lah, sebab engineering kan. hmmh.. tapi seryes seoul campus bes. haha. dua2 best lah, nak sedapkan hati. haha. inilah yang best belajar kat SKKU, ada dua campus, agak2 bosan ngn environment yang sama, amik la class kat campus satu ag(kalo ada la subjek yang kita nak amek tuh).  jauh perjalanan luas pemandangan banyak yang dapat tahu. Alhamdulillah. lepas ni, balik semula lah ke suwon campus, huhu. da lama tak jejak kaki kat situ. hmmh. nanti sem depan jumpalah kita.

sepanjang di SKKU seoul campus, banyak benda yang aku terokai, seperti tempat2 menarik. memandangkan kedudukan univ itu di daehagno(대학로) memang banyak benda menarik kat situ. kedai makan superb, tempat shopping pun ada, cuma tak sempat singgah. huhu. kawasan tu luas, x sempat lah nak terokai semua. huahaua.

inilah sedikit 2 3 cebisan kenangan ku semasa di winter 2010/2011. itu yang aku dapat dan perolehi. semua benda yang baik dan berguna, akan aku sematkan dalam jiwa dan sanubari ku, apa yang buruk itu, aku lempar jauh2 dan menjadi peringatan buat diriku. sekian, kisah SKKU di winter 2010/2011

bye2 jumpa lagi


http://www.facebook.com/note.php?note_id=182859075076098&id=100000100331647

……….awak rapat ngn saya, syg awak…………..

“Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~”

 


khas kepada yang berkenaan..

entry ini dipetik daripada blog hasil penulisan si tuan itu punya blog, ingin saya kongsikannya. tujuan saya nak letak entry ini bukan nak hentam sesiapa, tetapi bila membaca ayat2 ini, rasa terkedu kerana cintanya si hamba kepada tuannya iaiitu cinta hambanya kepada Allah melebihi daripada segalanya. http://littlemariniwriting.blogspot.com/2011/01/andai-saja-kamu-faham-yang-hidup-bukan.html

 

untuk awak yang pernah saya pegang hatinya satu ketika dahulu,
nah, ambil semula hati awak.
pegang erat, jangan sampai lepas ke tangan orang lain lagi,
sebelum tiba waktunya.
tidak. saya bukan bermaksud menyuruh awak menunggu saya.
bukan. bukan.
saya cuma ingin mengajak awak kembali menyerahkan hati
kepada Dia Sang Pemilik Segala.
langit bulan bintang juga adalah milikNya,
apakah hak kita untuk berkata bahawa sekeping hati kecil ini hak mutlak kita?
ketahuilah awak,
cinta remaja kini indahnya fana semata-mata.
cinta ini tidak menjanjikan syurga akhirat.
cinta ini kilang melambungkan dosa.
cinta ini yang mengotorkan jiwa.
cinta ini yang menarik kita jauh dari Dia.
“…dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan.” (Al-MAidah:43)
apa masih mahu bercinta?
ketahuilah awak,
sendiri tidak bermakna sepi.
dengan Dia di sisi,
diri tak akan pernah rasa sunyi.
kalau sungguh manusia akan derita tanpa kekasih hati,
nama Rabiatul Adawiyah takkan agung begitu sekali.
“…Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat kebaikan, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (Al-Baqarah:112)
buat awak yang disayangi sebagai saudara seakidah,
mari kembali membersihkan hati.
mari kembali mencari cinta hakiki, cinta Ilahi.
awak,
ketahuilah kalau sekiranya hidup kita terlalu singkat untuk
memikirkan soal kekasih hati yang entah bila akan kembali.
awak,
bangkitlah dari mimpi yang panjang.
ambil hati awak ini kembali.
genggam kejap sepanjang perjalanan menuju Dia.
bila sudah sampai ke destinasi,
serahkan saja padaNya.
biar Dia tentukan segala.
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
awak,
ketahuilah sekali lagi,
dalam perjalanan singkat hidup kita sbagai pengembara di dunia,
Allah sediakan kita dengan dua cinta:
keduanya tidak menyakitkan,
dan tak akan pernah mengecewakan.
ianya adalah:
Lillahi (untuk Allah) dan Fillahi (kerana Allah).
dan kita tidak akan menemukan keduanya,
selagi mana kita tidak berjumpa dengan Yang Menciptakannya.
carilah Allah. insya-Allah cinta yang lain akan mengikuti.
jangan mencintai yang lain mendahului Allah, bimbang semua cinta akan menjauhi.
akhir kata,
selamat berjuang mencari mardhatillah.