Monthly Archives: March 2011

di syurga menanti….1)laa illahailallah 2)alhamdulillah 3)astagfirullah 4)Innalillahi wa inna illaihi rojiun

Empat perkara jika di amalkan
Istimewa di syurga menanti
Mahligai permai telah dijanjikan
Sejahtera di syurga menati

Yang pertama Laa Illahailallah
Jadi pegangan setiap masa
Yang kedua lafadz alhamdulillah
Tiap kali di berkati Allah

Yang ketiga lafadz astagfirullah
Bila bersalah pohon anmpun darinya
Yang keempat Innalillahi wa inna illaihi rojiun
Tiap kali musibah menimpa

Advertisements

OPS ruhi….(kempen ruhi)

ayuh!! semarakkan. beramai2 kita lakukan bertambah kemanisan ukhuwah itu.

kenapa mesti ruhi? ruhi perkataan yang sama dengan roh. rakan2, ketahuilah manusia terdiri daripada 2 komponen iaitu jasad dan roh. surah assajadah ayat 7-10, ada menceritakan asal kejadian manusia dimana manusia diciptakan daripada tanah kemudian dia menyempurnakan dengan meniupkan roh kedalam tubuh masing-masing. sehingga lah sekarang kita masih merasai hidup diatas muka bumi ini dengan sempurna. Alhamdulillah. maha suci Allah. Allahuakbar. namun sedarkah kita setiap ciptaan Allah itu ada hikmah di sebalik itu. ciptaan jasad daripada tanah, merupakan hikmah dan ciptaan dengan meniupkan roh kedalam jasad juga merupkan hikmah yang perlu difikirkan bersama.

jika jasad itu luka, kita ikhtiarkan dengan pergi hospital, makan ubat atau bermacam-macam ikhtiar yang boleh dilakukan. tetapi bagaimana pula dengan roh? apa yang penting? roh atau jasad? rakan2, jom kita fikirkan sejenak, antara roh dan jasad mana lagi utama. jasad tanpa roh, seolah2 jika  ratu cantik yang mati, adakah ada orang masih bernafsu atau mahu kahwin  dengan dia? jasadyang diciptakan daripada tanah ini, jika tiada roh, maka x bermakna. tapi kalau roh tanpa jasad? sebelum kejadian jasad, kita berada di alam roh, selepas mati, roh diangkat dan jasad yang terkulai layu itulah yang ditanam ditinggalkan nun jauh diperut bumi. nah, roh menang pada jasad. sesungguhnya roh ini urusan Allah. surah al isra’ ayat 85: ….ruh itu termasuk urusan tuhanku,sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit….

jadi, ayuhlah kita mengenyangkan ruhi kita dengan memberi makanan ruhi yang secukup2nya penuh vitamin dan segala khasiat. caranya bagaimana? ingatlah Allah. zikrullah, tilawatulquran, qiamullail, assiyam(puasa), hafazul quran, membaca bahan2 ruhi dan lain-lain.  mari kita semua, kenyangkan ruhi kita dengan amalan-amalan tersebut. Insyaallah dengan itu, hati menjadi tenang dalam melakukan gerak kerja dakwah kita. Ayuh!!!….

“..Dan sekiranya kami tidak memperteguh hatimu, niscaya engkau hampir saja condong sedikit kepada mereka..” surah Al isra’ ayat 74.

 


sedarkan diriku yang lena,kernaku insan yang berdosa…. ㅠㅠ :(

Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah akan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
Terpaut aku tak berpaling

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu


subahanallah…its snowing

bukan first tyme aku tgk snow. mmg da bnyk kali.  tapi bila aku tgk turunnya snow, ak teruja. memuji kebesaran Allah. subahannallah. dia menciptakan sesuatu untuk hamba2 nya berfikir tentang kekuasaannya. masih snow ketika ini , 24/3/2011, 6:10 pm. oppss, 24/3???? bulan tiga lah. tetapi lebat hingga memutihkan lantai2 ciptaan Allah ini. kunfayakun, kalau ditakdirkan bulan 5 tutun snow pon, boleh jadi ye korang semua.

tbe2 teringat sesuatu. aku teringt yang mak ayah aku dulu dtg melawat aku tyme2 cmni lah. ada snow. dah genap setahun dari tarikh diorang dtg ke korea. umi babah n muaz(adik bongsu). rindunya. kerana akidahmu Allah aku merindui umi babah ku. hmmh, setiap kali cerita pasal umi babah ni, sebak je. hehe. bukan sebab duk jauh, duk dekat pon kalau cerita pasal dorg sebak juga, tetapi memikirkan perjuangan mereka membesarkan kami semua. semuanya barakah dan limpah kurniaan dari mu ya Allah. aku beruntung. jadi, aku perlu memikirkan nasib orang yg tidak seberuntung macam aku kerana ketiadaan ibu ayah. Astagfirullah.

moga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur atas rahmatnya.

sedikit keputihan. salji turun dengan halusnya


saya ditaja….oleh itu….

 

ya, seperti yang semua lihat, saya ditaja. ditaja untuk melnjutkan pelajaran ke korea dalam bidang engineering. bukan untuk menunjuk atau belagak taik ayam, tetapi nak ingtkan diri bahawa tanggungjawab yang dipikul demi sebuah matlamat iaitu Islam.  negara akan maju jika kita mendukung cita-cita islam. Insyaallah.  ingtlah, biasiswa yang diberi itu, merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah sebagai alat dalam membentuk peribadi muslim, BM, Masyarakat Muslim dan seterusnya hingga lah ke ustaziatul alam.

semoga Allah mengampuni dosa ku. redhalah aku Ya Allah. amin


dulu ada org pernah kata….

dulu ada orang pernah ckp ” eee bapak sombong gila bdak pompuan batch korang. xnak tego senior siot. bajet bagus je r. nnt ada papa susah cari aku juga….”

sigh…..aku pon xtahu nak ckp apa. tapi tujuan diorg buat macamtu nak jaga ikhtilat. xkan jumpa2 je, kene tego ‘hai’, ‘hello’, atau apa2 인사 ? lainlah kalo perempuan sesama perempuan.

memang la, bila susah(especially bab2 pelajaran) mereka akan rujuk senior. terlebih dahulu, mereka mungkin rujuk kepada senior perempuan, tetapi kalo senior perempuan tu pon xtahu nak selesaikan masalah tu, barulah rujuk kepada senior lelaki.  ha, jangan salah anggap pulak, dorg bertanya bab2 pelajaran, sistem univ or macam2 lagi. bukan nye nak ‘hello2’ ‘hai2’……

jadinya, ini mungkin menjadi peringatn kepadaku bahawa kalau junior2 perempuan x tego aku, bukan sebab mereka sombong atau apa, tetapi harga diri mereka itu lebih bernilai daripada menjatuhkan harga dirinya dengan ber’hai2’, ‘hello2’…….

moga redha Allah memayungi hidupku.


‎”A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men”