Author Archives: ashrafrazi

AKU SUDAH PULANG KE KOREA

hari ini masuk hari ke2 Aku terpisah daripada umi baba dan keluarga ku yg lain. Juga aku terpisah daripada suasana hidup sebagai seorang penganggur mewah. hidupku setiap hari terhidang dengan makann yg sedap2, tidurku diatas katil atau tilam yang empuk, subuhku dikejutkan oleh ummi dan baba ku, bajuku dilipat oleh ummi dan kakakku, kekedai aku di’drive’ oleh kembarku atau abgku, duit poketku diberi oleh ayahku dan xperlu ke mesin atm untuk mengambilnya. segala2nya disediakan begitu tersusun. dengan suasana damai indah malaysia, sekeliling kita org kita, ckap bahasa kita.

Tapi disini berbeza dan sungguh berbeza.dua bulan aku tinggalkan kesusahan, dua bulan aku mengecapi kenikmatan, dua bulan otak ku kosong dari ilmu ilmu engineering dan selama dua bulan juga aku tinggalkan khidupan yg stress menghimpit jiwa.

sungguh banyak nikmat yang kau beri pada ku yaAllah.

SUBAHANALLAH
ALHAMDULILLAH.ALLAHUAKBAR.ASTAGHFIRULLAH.

kini aku harus sedar. harus bangkit dan terima kenyataan serta realiti ini dimana AKU SUDAH PULANG KE KOREA. aku sudah memijak di bumi ini…….

tetapi yaAllah, kenapa jiwa ku sungguh terasa sempit.Seolah2 tidak mahu terima hakikat yang jasad ku sudah berada disini.Sungguh yaAllah, Jiwa ku masih berada di sana. aku terasa ingin dekat bersama dengan mereka, namun aku kejauhan. yaAllah, tunjukilah jalan agar aku tidak se’down’ sebegini. aku tersiksa…Sungguh.

tidakkah Kau sentiasa dekat bersama dengan hamba2nya. sungguh aku benar berdosa, khilaf. Ampunkn aku yaAllah. kau sahajalah yang mampu menghilangkan rasa sempit didadaku ini daripada peritnya merindui ummi baba dan keluargaku serta suasana itu.

kau maha pengampun dan maha penerima taubat.

Amin amin amin ya rabbal alamin..


DAkwah & STUdy…. capailah yang agung itu

DaKwAh & sTadi

bUkaN sEPerTi JOngkANg-joNGkeT

 

Lia, jomlah pergi usrah

Lia, jomlah berdakwah

Lia, ummah semakin koyak

Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

 

 

Aku tidak mahu

Aku kena study

Markah semester lepas dah cukup teruk

 

 

Gara-gara dakwah, tarbiah dan program

Aku menyesal megikuti semua itu

Bosan!!

 

 

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya

 

 

Bukan ke islam tu syumul

Kalau nak berjaya, kena study

Waktu study, studylah

 

 

Esok kalau dah berjaya

Aku buatlah kerja dakwah tu

 

 

Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

 

 

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit

 

 

 

Jongkang jongkit?

Apa kau merepek ni?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam

jongkang jongkit

 

 

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah

Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah

 

 

Tu bukan dakwah namanya

Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

 

 

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar

terus

Tak boleh inversely proportional

 

 

Apa maksud kau?

 

 

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

 

 

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan

 

 

Macam gini, bila dah berdakwah tu

Rasa senang je nak study

 

 

Bila belajar tentang jantung misalnya

Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri

 

 

 

Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kenapa?

 

 

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah

Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah

 

 

Rasa senang hati nak terima ilmu

Kalau orang lain study 1 jam

Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa?

 

 

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

 

 

Aku tak pernah rasa semua itu

 

 

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

 

 

Tak, itu bukan maksud aku

Cuma kena checklah sikit hati tu

Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak

berlaku tarik tali dengan Allah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh

 

 

Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,

Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar

 

 

Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi

Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah

Ada keraguan dalam hati

 

 

Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

 

 

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi

 

 

Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita

 

 

Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

 

 

Lia dah faham

Lia kena banyak muhasabah

Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk

 

 

Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah

Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

 

 

Lia, sahabatku,

Seorang ibu pernah mengatakan

Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku

 

 

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam

 

 

Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka

merasakan keindahan Islam

 

 

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku

Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri

Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,

 

 

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna

kedua kisah sahabatku di Indonesia

Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama

 

 

Menjadi motivasi buat kita untuk terus

berada dalam mandala ini.

 

 

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.

 

 

Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia

berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya.

 

 

Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

 

 

Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.

 

 

Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.

 

 

Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu

juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

 

 

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan

Assyahid Imam Hassan Al Banna:

 

 

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.

Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.

Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.

Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.

Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

 

 

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?

Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.

 

 

Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

 

 

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.

Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab “Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.

Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

 

 

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.

Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.

Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.

Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

 

 

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

 

 

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.

Ayuh berada dalam saf perjuangan.

 

 

“Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [surah ali imran : 110]

 

 

sumber:http://pu3raudhah.blogspot.com/2009/09/dakwah-dan-study-bukan-macam-jongkang.html


REhLAh di Inha University, Incheon Korea.

Alhamdulillah, pada minggu lepas, dengan izin Allah, kami buat rehlah gabungan antara dua group usrah. moga dengan rehlah ini memantapkan lagi ukhuwah islami antara kami semua.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatanya. kekalkanlah kemesraan antara hati ini dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadamu. hidup dan suburkanlah hati-hati ini dengan ma’arifat tentangmu. jika engkau mentakdirkan MATI, maka MATIKANLAH pemilik hati-hati ini sebagai para SYUHADA dalam perjuangan agamamu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Aku tidak keseorangan

Aku hidup atas jalan mu Allah. aku bernafas dalam kalimah-kalimah tauhid mu Allah. aku bergerak menegakkan kalimahmu, bukan SEORANG, tetapi didalam barisan jemaah. tidakkan engkau berkata dalam surah assaff, engkau mencintai orang-orang yang berperang dijalan engkau dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan tersusun kukuh.

tatkala aku jatuh, ada yang menggapai tanganku, tatkala aku di puncak, aku menarik yang lain untuk bersama-sama ku. inilah impian yang aku kejari Ya Allah. redha kan lah Ya Allah. Hafizokummulloh. lindungilah kami Ya Allah. aku tidak berseorangan, tetapi disekeliling aku ada mereka. yang senantiasa menyenangkan diri ini untuk melangkah memperkasakan ummah. aku rindukan tarbiah bersama mereka. setiap hari dalam doaku, supaya mereka senantiasa bersama-sama dengan aku. aku terkesan dengan kata-kata ini..

Islam ini ibarat rumah. dan batu bata itu adalah ikhwah-ikhwah. dan simen-simen yang mencantumkan batu bata itu adalah ukhuwah. jika simen itu tidak kukuh, maka robohlah ia.

Ya Allah, aku takut. kerana untuk merobohkan itu mengambil masa yang sekejap walaupun sesaat. jangan dibiarkan ukhuwah antara kami itu rosak dikotori oleh vitus-virus yang jahat.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatanya. kekalkanlah kemesraan antara hati ini dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadamu. hidup dan suburkanlah hati-hati ini dengan ma’arifat tentangmu. jika engkau mentakdirkan MATI, maka MATIKANLAH pemilik hati-hati ini sebagai para SYUHADA dalam perjuangan agamamu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

dari barisan usrah
dan dari umbi tarbiah
muncullah sinaran fikrah
islah terus meniti masa

dari dwan selesa
ke jalanan yang berhaba
pejuang keadilan
dan penjulang kebenaran

bersama islam membina ummah
usaha daulatkan syariah
agar hidup penuh barakah

di dalam sedih dan ketawa
di dalam susah dan mewah
tetap teguh iman dan taqwa

sehati sejiwa dulu kini selamanya
walau apa yang melanda hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi teguhkan iman kami
moga tabah hati tak berbelah bagi

berbekalkan islam membina masyarakat
membentuk umat insan sejagat
setiap mehnah pastinya ada hikmah
berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
prinsip syura jadikan amalan
korban masa tenaga kita
dan fikiran perkasakan maruah kita..

aku terus belajar untuk menjadi da’ie.seorang da’ie yang sedang belajar dan mengajar. tidakkah hidup ini “give and take”. aku dapat sesuatu daripada seorang murabbi, lalu ku beri kepada mutarabbi ku. impian ku hanya satu, untuk menangkan islam diatas muka bumi ini. besarkan cita-cita ini? ya, sangat besar, dan ia akan menjadi omongan kosong jika aku tidak bermula daripada diriku. iaitu membentuk individu muslim. sudah lupakah akan perjalanan muwasafat tarbiah itu. aku harus bermula dengan diriku. ruhiku perlu diisi dengan tarbiah mentauhidkan Allah.

Ya Allah, tsabatkanlah aku. tetapkanlah aku dijalan ini. tetapkan juga sahabat-sahabat ku juga, kerana aku dan mereka bergerak seiring menuju kejalan mu Allah. jadikan kami perwira, pejuang yang sentiasa bersiap sedia menuju medan dakwah ini. tetapkanlah kami.menjadi da’ie yang sentiasa mengharapkan keampunan darimu. Amin…

mereka kekuatanku

meraka harapan ku

moga segar disirami ukhuwah sejati


Dadaku terasa sempit~~

Ya Allah. apakah ini. kenapa tiba2 dibahuku seolah-olah dibeban oleh satu bebanan yang sangat berat.

bingung, resah memikirkan apa yang bakal terjadi.

sambil ku mendengar lagu-lagu instrument di sebuah blog ini, tersingkap di jiwa naluri ku ini, tergenang seribu memori lama, terfikir akan masa depan, aku terbuai jauh di dalam hanyutan lagu yang mendayu-dayu ini.

Tapi aku pejamkan kembali mata, tidak mahu menerima realitinya, seolah-olah ingin menepis takdir yang telah menimpa diriku ini, aku tersesat sebentar, hilang dalam kawalan di tengah-tengah kegelapan. sedangkan ku tahu pintu cahaya itu sering ada dekat dengan diriku, tetapi aku masih mengeluh mengeluarkan dengusan ketidakpuasan hati dalam diri sanubariku.

Ya Allah, sedangkan aku tahu kalimat suci mu bahawa setiap ujian yang terjadi itu datang darimu dan kene pada sekadar kemampuanku. dan setiap padanya itu terdapat hikmah yang terselindung. Tapi masih aku hilang kawalan daripada meletakkan kembali diriku ke landasan kalimat-kalimat suci rabbiku.

lagu itu masih kedengaran…

sudahlah, apa lagi yang kau ragui. pantas kah aku untu meragui segalanya? layakkah aku menghukum perkara yang sudah ditetapkan? tinggi manakah darjatku untuk menilai sesuatu takdir? hebat sangatkah diri aku untuk mengeluh mencelakakan takdir yang telah ditimpa?

kalau begitu, tanya kembali pada diri…sudah puaskah sujudmu pada sang rabbi? sudah cukupkah bibirmu menggerakkan kalimah-kalimah agung sang rabbi? sudah berapa banyak titisan airmata yang kau titiskan hanya kerana takut akan sang rabbimu? bagaimana dengan perlakuan sehari mu yang sering bermandikan maksiat dan simbahan dosa? adakah kau sudah meminta ampun atas apa yang kau lakukan? sekali lagi, tanyalah pada dirimu, bagaimanakah hubunganmu dengan tuhan yang menciptakan langit daratan bumi dan seluruh alam? dimana? cukupkah?tanyalah dan tanyalah…

aku tertunduk.. tertunduk dan terus tertunduk. sambil lagu itu masih kedengaran.

Ya Allah…aku khilaf. aku tidak mengerti.

bagaimana Ya Allah? bagaimana?

aku terasa beban yang menimpa diriku ini semakin berat.

dan tak mungkin aku berpaling dari kebenaran ini.

tatkala ini……..aku memjamkan mata… hatiku bergetar. bibirku bergetar. mataku…subahanallah… air mata ku secara tiba-tiba jatuh.

aku kembali memjamkan mata, aku cuba bangkit menyelami ayat mu.

aku rasa ada cahaya. cahaya yang tiba-tiba mendakap aku. cahaya yang menyatakan bahwa sandarkanlah ia pada Allah. serahkanlah hal itu pada Allah. tawakkal lah akan hal itu kepada Allah.  serahkanlah segalanya padanya. dia lah yang sebaik-baik wakil.

berat yang kurasa tadi, hilang.. kerana ada yang sudah mencabutnya dari bahuku.

dan ku kaji dan terus ku kaji. oh, rupa-rupanya sewaktu di bahuku terasa sungguh berat, aku terlupa, lupa dengan Dia. lupa akan Dia yang menguasi atas segala yang terjadi pada diriku. pabila dihati dan jiwa serta benak fikiranku hanya berserah kepadanya, cahaya-cahaya yang sebentar tadi hilang muncul kembali. subahanaAllah,Alhamdulillah, Allahuakbar!!

 


saya exam..tadi da jawab..tapi…….

penat lah. serabut. hati berkecelaru. sedih. sia2 je selama ni.ruginya ni, ruginya tu…

kata-kata “mutiara” ini yg selalu sgt terkeluar dari mulut bila lepas jawab exam dan lagi-lagi bila tak boleh jawab.

itu dulu~ tetapi kini aku mengerti. aku mengerti takdir itu milik yang maha besar. miliknya, dan keseluruhannya adalah miliknya. dijadikan exam2 ini bukan untuk kita rasa bahawa dengan usaha kita itu, kita dapat A+.. dengan doa ini mengubah kita dapat A+…bukan.. bukan itu. tiada apa yang dapat mengubah dengan kudrat seorang manusia, lantas yang sebenar-benarnya berkuasa keatas itu adalah Dia, Allah.

Dengan exam2 ini, Allah mahu melihat sejauh mana pergantungan kita dengan Dia. adakah kita bergantung padanya ataupun tidak. kuasa hanyalah miliknya. raja kepada segala alam.

وَمَا رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ‌ۚ
“dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar”

Dan diatas kehendaknya sahajalah kita dapat menerima A+ , B, ataupun fail. bukan kerana dia hendak menghukum kita, bukan kerana dia nak suruh kita ckp” Ya Allah, kenapalah engkau menghukum aku sebegini smpai aku dpat fail, apa salah aku, penat aku study..tapi fail…penat je Ya Allah…..”  tetapi untuk kita berkata begini ” Ya Allah, jika ini takdir yang telah ditetapkan kepadaku, aku redha, sesungguhnya kepada engkau sahajalah fikiranku, hatiku, jasadku BERSERAH kepadamu. pimpinlah aku kejalan yang kau redhai, bukan jalan yang kau murkai…”

apa ni, lantak aku r, aku berhak kecewa, aku ada perasaan. aku memang tak puas hati..kenapa yang aku belaja bnyk x masuk..eeee…geram geram geram… ala, ko dapat jawab semua boleh la kau cakap macamni. dunia kita lain ok…fine…

ya, aku faham, faham akan keadaan mu yang begitu impikan “all perfect”. tetapi lantas disebabkan itu pergantungan kau terhadap sang pencipta dirimu itu hilang begitu sahaja? tegarkah kau begitu. mengetepikan tuhan yang menciptakan dirimu. kecewa, gembira, senang, kaya, miskin, semua dan apa sekalipun situasi hanyalah kepada Allah sahaja kita berserah. selepas kita ungkapkan kata-kata tawakkal ala Allah, jika masih ada ragu-ragu, ucapkanlah semula dengan penuh keyakinan dan penyerahan hati kepadanya. bacalah kalimah-kalimahnya yang tertulis didalam mukjizat yang agung itu. kembali menilai semula bagaimana hubungan kita dengannya. taubat kita, sujud kita, pertuturan kita dengannya, adakah sudah kita lakukan dengan terbaik? jika belum, jangan sekali merungut akan takdir yang telah ditetapkan padanya. sesungguhnya pada hamba-hamba yang soleh itu, takkan pernah cukup taubat, sujud dan perhambaan kepada Allah.

ada orang, kerana kecewa, dan tak mahu “fail” lagi, berazam pada diri untuk menumpukan seratus peratus dalam pelajaran sahaja dan tugas yang dipegangya sebagai seorang dai’e dilupakan dan dicampakkan ke priority no 2 atau 3 atau sudah dikuburkan dalam kamus hidupnya untuk sementara waktu, dan nanti akan digali semula ketika musim cuti nanti. dimanakah tsabatnya? konsisten yang diperlukan sebagai seorang da’ie itu terlempar jauh dek kerana ingin kejarkan cita-cita untuk lulus dengan cemerlang dalam calculus, thermodynamics, physical chemistry, biology.

eh, aku sibuk la..bnyk GILA kot kerja, assigment lagi, tu, projek 창공 aku, x siap2 ag kot….assigment utk calculus, satu hapak tak wat ag.. minggu depan nak kene hantar report 과학영어 lagi. quiz online bio da la susah, nak kene baca dulu, baru boleh jawab. mana aku nak siap semua tu kalau aku duk asik nak g sana sini berprogram sana sini, usrah sini sana. jumpa orang tu org ni…

puas? sudah puas kau merungut lantas meletakkan priority dakwah kau ditempat yang kedua? hey, ingatlah awak-awak semua, kejayaan islam itu pasti datang, dan tanpa kita atau dengan adanya kita kejayaan itu akan bersinar satu hari nanti, tinggal kita mahu terlibat ataupun tidak. dan bila keutamaan dakwah itu diletakkan di tempat kedua maka lama kelamaan keutamaan itu menjadi tempat yang ketiga kemudian keempat lantas terkubur meninggalkan jiwa kita.

resah dan masih gelisah akan soalan yang aku jawab tadi. kenapa semuanya tak betul, da la masa tak cukup

ayuh, tenangkan semula, tenangkan semula dengan zikrullah.

 ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ 

orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat hati Allah.,ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

apa jua keputusan yang kita perolehi, ingatlah bukan kerana usaha kita. dan juga bukan kerana doa kita. tetapi kerana Allah yang menentukan begitu. mungkin ramai yang menggangap kerana doaku lah Allah bagi aku lulus.. tidak wahai rakanku. doa itu adalah satu medium untuk kita menyerahkan diri kepada Allah. untuk kita berbicara dengannya tatkala kita rimas, gelisah, hampa dan juga gembira…melalui doa dan sujud kepadanya sahajalah kita luahkan semua itu. kerana harapan untuk subur kembali pasti ditemui dalam sujud serta ungkapan bicara kepadanya.

Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.

Untuk mendapat pahala jihad.

Bukan untuk mendapatkan keputusan.

Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.

Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita

tulisan ku ini bukanlah mengajak rakan2 sekalian untuk berhenti belajar bersungguh-sungguh dan mengambil mudah dalam hal ini. tidak sama sekali. bukan kerana ingin mengatakan “tak payah usaha langsunglah kalau macmni“.

Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangatAllah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan kejayaan dalam pelajaran ini dapat melajukan kita dalam dakwah.

jadi, pergantungan itu haruslah 100% kepada Allah, dan disamping itu berusahalah, berusaha semampu yang mungkin tanpa meninggalkan medan dakwah sebenar kita. berdoalah kepadanya dengan hati yang menyerahkan segalanya kepada Dia dan tanpa ada sedikit ragu-ragu. yakinlah, satu hari nanti, kejayaan pasti menjadi milikmu kerana itu janji Allah bagi sesiapa yang menolong agamanya.

moga diberi kemudahan dalam exam-exam ini yang sangat susah dan memenatkan. dan semoga segala kepenatan itu hilang dengan siraman air pengharapan kepada Sang abadi, Allah.


Jangan dibiarkan virus-virus itu merosakkan ukhuwah Kami

Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…

rehlah di yoeido park-jun2011

sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:

1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131)

“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

“tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih

hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3) tidak santun dalam berbicara-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)
-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya
-bergurau secara berlebihan
kelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran
sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan

-sering mendebat dan membantah

“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)

-kritikan keras yang melukai perasaan


4) sikap acuh(59:9)

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka
menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui
padahal mereka di sini bersamaku
mataku mencari mereka ke sana kemari
padahal mereka ada di dekat pelupuknya
hatiku bergejolak merindukan mereka
padahal mereka ada di antara tulang rusukku

sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi
namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna
aku tidak akan berhenti memujimu
dari kejauhan, bersama untaian doa
jiwaku akan selalu merindukanmu
bersua bersama penuh ketulusan dan cinta

jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanya
hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5) mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)

“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran

“cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar

…penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan…

9) sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan

terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya
sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya
terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti
lain kali ia membahagiakan
siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat

“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)

jika tak menegur bererti tiada cinta
cinta tetap bertahan selama ada teguran*

banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

10) mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki

…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…(8:63)

11) membuka rahsia

…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…

12) mengikuti prasangka(49:12)

orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.

13) mencampuri masalah peribadi

“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) egois, sombong, tidak empati…

“siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)setiap sahabat selalu dekat dikala senang
namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani
ketika penderitaan menimpa

15) menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya kepadamu

carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya

16) enggan mengungkapkan perasaan cinta,…

“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)

17) melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia

orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

18) suka menonjolkan kelebihan peribadi,…

jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka…

19) mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat

“tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.

21) terlalu cinta

“cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.”(hadis Nabi)

insya Allah, seizinnya..mari reflek diri..kerana sesungguhnya, tahap terendah adalah untuk berlapang dada sesama kita..n tingkat tertinggi pula, adalah untuk melebihkan mereka, lebih dari diri kita sendiri…

moga virus virus itu tidak merosakkan ukhuwah yang kami telah bina


Assyams wa Alqamar

taken from SKKU, suwon, 18:10PM, by canon sx30is

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar sampai kepada waktu yang ditentukan , Sungguh Allah mahateliti apa yang kamu kerjakan.

surah luqman, 29

taken from yoeido park.seoul 19:50PM, by canon sx30is

 
 

SUmmeR da!!!! x lama lagi balik malaysia~ huhu

testing a new camera. canon SX30IS


I just want to be like him……

http://www.agri.upm.edu.my/cv/razi.htm

-Islam is the way to success  in expertise-