Monthly Archives: December 2010

TaHUn baRU

2011 . byebye 2010. kenapa saya macam dah x amik kisah sangat dengan tahun baru or wat so eva. tgk2 tadi masa bukak fb, ramai gak orang duk komen nak 2011 da, tahun baru bakal tiba. tgk2 kalendar, aahla, da 31 dis la arini. cet. apa je aku ni, mmg x bguna langsung. DEMI MASA, sesungguhnya manusia sangatlah berada dalam kerugian……

“i swear by the time, Most surely man is in loss, Except those who believe and do good, and enjoin on each other truth, and enjoin on each other patience” -al asr-

sedihnya, 2010 bakal berlalu. esok, apa yang berlaku pada hari ni, semua akan cakap “TAHUN LEPAS KAN SAYA PERGI blablabla….TAHUN LEPAS SAYA BUAT blalablabla TAHUN LEPAS SAYA JUMPA blablabla……” sungguh, dan sesungguhnya diri saya ni rasa sangat lah kosong. apa yang telah aku lakukan sepanjang 2010. masa sungguh cepat berlalu. sangat pantas tanpa disedari. tapi, apa yang telah aku lakukan? apa yang saya dah buat untuk diri saya? anjakan ke arah pembentukan peribadi individu muslim, adakah telah saya gapai dengan jayanya? jawapan kepada persoalan ini, hanya saya yang mampu menjawab dan dia jualah yang menilainya. YA ALLAH, aku mohon, supaya segala usaha aku sepanjang 2010 diberkati olehmu.

YA ALLAH, 2011 ini, jadikanlah aku seorang hambamu yang sentiasa inginkan dan dahagakan rahmatmu. jadikanlah aku insan yang sentiasa berusaha mencapai kegemilangan diri supaya aku mampu bergerak menuju kearah satu lagi peringkat yang penting dalam hidup ku.  jadikanlah aku sentiasa cintakan mu dan pesuruh mu serta kitab yang diturunkan oleh mu dan jalan dakwahmu. jadikanlah aku seorang yang lebih matang dalam menghadapi kehidupan hidup di dunia ni. jadikanlah aku manusia yang sentiasa berkasih sayang dengan sahabatku serta saudara saudara yang lain. jadikanlah aku anak yang soleh dan taat kepada kedua ibubapaku serta menghormati adik beradik ku. pandukanlah aku kearah jalan yang luas terbentang oleh rezeki mu. AMIN.

manusia, sentiasa nak kedepan, xkan nak kebelakang pulak kan? so, saya ni, berharap lah tidak akan mengulangi segala perbuatan yang mampu melalaikan diri ini serta sahabat-sahabat ku yang lain.

inilah sedikit azam baru untuk tahun 2011, 1432 hijriyah.moga saya berjaya membentuk diri ini kearah individu muslim yang sentiasa mencari keredhaanya. sekian.


M.U.S.I.B.A.H

penat kita dilanda bermacam-macam dugaan, ujian serta musibah. penat, dan tak terkata atau speechless kita dibuatnya oleh musibah/ujian  yang melanda. selepas satu, datang pula yang lain, lepas pada tu, datang pula suatu benda yang lain, itulah yang dikatakan penat dengan musibah ini. ada orang terima musibah itu dengan memantapkan lagi hubungannya dengan sang pencipta kita, ada pula yang makin jauh dengannya kerana merajuk atau sedih serta mempertikaikan apa yang telah berlaku keatas dirinya. memang, semua musibah dan ujian yang dasyat itu, semuanya datang daripada Allah. itu sungguh benar. tetapi musibah yang diturunkan itu bukanlah kerana dia ingin kita lari dan berpaling jauh daripadanya. mungkin kita tak sedar, dia sentiasa bersama kita, Innallahamaa ana Allah itu ada bersama kita, dekat dan sungguh dekat dengan kita. marilah kita menagih harapan kepada Allah dalam perkara ini, inilah petanda daripadanya untuk kita dekatkan diri kita kepadanya.

sesungguhnya, dosa yang kita lakukan menggunung tinggi tapi rahmatnya melangit luas. bila selangkah kita rapat kepadanya, seribu langkah dia datang kepada kita. sungguh rugilah bagi mereka yang tidak ingin dekatkan dirinya pada dia.

saya ada seorang kawan, dia sering ditimpa dugaan  ‘barang kene curi’. bukan pertama kali, tetapi ada beberapa kali, dan barang yang hilang itu bukan lah berharga 50~100rm, tapi lebih daripada itu. kalaulah saya jadi dia,  saya tak boleh bayangkan kepedihan hati menerima takdir dan musibah itu. lebih-lebih lagi kalau semua ini terjadi di negara orang, jauh daripada keluarga dan semua orang. disini, ketabahan, itulah satu-satunya ubat untuk melelapkan keresahan dalam hati akibat ujian dan dugaan yang ditimpa. kalaulah jenayah itu tidak wujud di muka bumi ini, adakah keresahan hati itu tidak akan wujud? tidak, tak semestinya tak akan berlaku, kerana Allah itulah yang menurunkan ujian keatas hambanya dengan pelbagai cara.kalau tak dengan kehilangan barang, mungkin dengan cara lain. nauuzubillah.

ujian daripada Allah tanda kasih….

“dan kami  tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupanya, dan pada kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya,dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)” 23:62, Al-mu’minun:62

kalimatnya, sungguh agung. dan mereka tidak dizalimi atau bermaksud dirugikan. sungguh, kalimat-kalimatnya yang agung itu benar. kita diberi ujian daripadanya bukan kerana untuk merugikan diri kita. mari kita renung bersama, bukan kerugian yang akan kita terima akibat daripada ujian itu. tetapi Al hikmah, ada hikmah disebalik semua itu. anggaplah ujian itu seperti batu emas baru sahaja dilombong di lombong emas, sangat kotor diliputi tanah, tanpa bentuk menyebabkan batu emas itu tak lawa, tetapi setelah melalui proses-proses seterusnya, jadilah ia sebentuk cincin yang dihiasi pula dengan permata yang berkilau-kilauan. apakah kaitanya dengan musibah yang ditimpa kita tu? hehe, kaitkanlah sendiri.

jadi, Dia amat lah tahu bahawa demi menyelamatkan seorang manusia, caranya ialah susah-susahkan,diuji, dihukum dan diberi tanggungjawab yang berat dan penting..

-itulah tanda sayang dan cinta yang sebenarnya-


“…sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang2 yang kafir.” [12:87]


sudah berlalu…

 

 

minggu exam, semuanya sudah berlalu. kini, aku sedang mengikuti kelas winter selama 3 minggu.

apa yang sudah berlalu. semuanya sudah berlalu. dan kita lihat sendiri apa yang berlalu itu didepan mata kita sendiri. hari ni, ak melihat sendiri markah/result exam aku dengan mataku sendiri, apa yang terungkap di bibirku hanyalah ALHAMDULILLAH. ak bersyukur kepadanya atas apa yang telah aku perolehi. biarlah aku mendengar rakan2 yang lain mendapat tinggi lebih daripada aku atau rendah. apa yang ak harus lakukan, bersyukur dengan apa yang ku perolehi, dan memperbaiki lagi apa yang ak boleh lakukan di masa hadapan.

sejak akhir2 ni, ak banyak mendengar rakan2 dari university lain mndapat markah yang tinggi2. tahniah buat mereka.

apa apa pun, kepada rakan2 yang lain, bersyukur jualah dengan apa yang diperolehi oleh kita. lakukan yang terbaik di masa hadapan demi mencapai keredhaannya.

 

 

 

 


dikala tension2 ini, bagus hilangkan ia dgn dengar nasyid selawat or else….fightin


Saya da download wordpress for ipod

Hari ni baru abes exam confucius dgn physics…..


sedihnya bila dapat tahu kembar sendiri sakit…

tadi, tibe2 sebelum aku bersemangat nak study seryes2, ak terpikir untuk menelefon kembar ku, tapi xdapat, and then aku try telefon kakak aku, nak bercakap dengan ahli family aku tapi rupa2rupanya cerita lain pulak yang aku dengar. 1st tekezut sebb dorang dah ada kat bangi sebb baru je balik kampung 2 hari lepas, ingt lama ag duk kg. 2nd, kakak aku kata afwan masuk hospital, dalam hati aku, “ha, ni mesti pasal demam aritu tak baik2 lagi”..pastu ditambah pula oleh kakak aku yang mengatakan dia DEMAM DENGGI. sedihnya lagi bila dia cakap afwan terkulai layu, x larat nak makan pon… sedihnya. patutla aku pon rasa cam lemah2 badan jugak(hehehee..lemah badan sebb telebih tdo kot)… hmmh. ada la jugak ak sakit kpala smpai makan ubat. adakah itu telepati? huahauhauaha. mungkin. sebab kitorg penah sakit perut sama-sama dulu, ada la jugak several tyme sama rasa sakit. kembar pon…

pas aku tepon kakak aku tuh, aku tepon mak aku plak. mak aku cakap benda yang sama dengan kakak aku cerita, langsung tak ada ubah cara percakapannya. aku pon angguk buat2 tak tahu lagi apa yang berlaku. sah la tu afwan cam teruk. pastu, dengar suara ayah aku yang mungkin tgh memandu laju pulang ke bangi daripada kampung, yela mana nak duk diam bila anak dia masuk hospital.  ayah aku macam marah je kat afwan tuh, sebab nya, dia suka main bola smpai senja2 tyme nyamuk aedes duk menari2 atas pentas kulit manusia. “hmmh, mmg dah, suka sgt main bola smpai maghrib,pastu  malam pada tu, duk main bola lagi” dengar ayah aku berkata, dalam nada kerisauan sebenarnya, bukan marah.

apa apa pun, doakan lah dia selamat, darahnya masih muda, mampu untuk bergerak  menempuh benteng2 pertahanan rugby dan bola.hehe.sebab dia suka main bola ngn rugby. semoga cepat sembuh dan meneruskan hidup sebagai hambanya. sakit itu penghapus dosa sebenarnya. ujian yang ALLAH bagi untuk melihat samaada kita ni masih dengannya ataupun sudah berpaling daripadanya. moga Allah menyembuhkan dia dengan kadar yang segera, syafakallah AMIN.


la tahzan innalahamaana

“janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”

apa pun rintangan yang berat mahupun yang tak tertanggung di pikulan bahu ini, ingatlah, selagi kita bersama Allah, tiada apa yang dapat melawan mahupun membolosi diri kita. sesungguhnya apa yang berlaku adalah kerana kehendaknya, jika ianya berlaku kepada diri anda, janganlah berpaling daripada keimanannya kerana sesungguhnya Allah bersama kita.

 


result EXAM bukan matlamat kita, tetapi ia adalah proses kepada matlamat sebenar kita, iaitu matlamat ISLAM.

“tapi jangan anggap exam tu tak penting smpai x review”


online mmg x sesuai untuk saya…

malam ni ada usrah, tapi sebab mggu depan ada exam, so, telah memutuskan untuk membuat secara online tapi hanya aku dan azim sahaja.  feel dia lain daripada yang lain. teringat ustaz hasanuddin(aqsa sharif) dia pernah kata liqo’  online itu tidak boleh disama ertikan dengan liqo usrah. ia perlu terjadi bila ianya bersua muka antara satu sama lain. betol tuh. aku sgt setuju. xsampai kesan dia berbanding dengan hadirkan jasad pada liqo’ itu.