M.U.S.I.B.A.H

penat kita dilanda bermacam-macam dugaan, ujian serta musibah. penat, dan tak terkata atau speechless kita dibuatnya oleh musibah/ujian  yang melanda. selepas satu, datang pula yang lain, lepas pada tu, datang pula suatu benda yang lain, itulah yang dikatakan penat dengan musibah ini. ada orang terima musibah itu dengan memantapkan lagi hubungannya dengan sang pencipta kita, ada pula yang makin jauh dengannya kerana merajuk atau sedih serta mempertikaikan apa yang telah berlaku keatas dirinya. memang, semua musibah dan ujian yang dasyat itu, semuanya datang daripada Allah. itu sungguh benar. tetapi musibah yang diturunkan itu bukanlah kerana dia ingin kita lari dan berpaling jauh daripadanya. mungkin kita tak sedar, dia sentiasa bersama kita, Innallahamaa ana Allah itu ada bersama kita, dekat dan sungguh dekat dengan kita. marilah kita menagih harapan kepada Allah dalam perkara ini, inilah petanda daripadanya untuk kita dekatkan diri kita kepadanya.

sesungguhnya, dosa yang kita lakukan menggunung tinggi tapi rahmatnya melangit luas. bila selangkah kita rapat kepadanya, seribu langkah dia datang kepada kita. sungguh rugilah bagi mereka yang tidak ingin dekatkan dirinya pada dia.

saya ada seorang kawan, dia sering ditimpa dugaan  ‘barang kene curi’. bukan pertama kali, tetapi ada beberapa kali, dan barang yang hilang itu bukan lah berharga 50~100rm, tapi lebih daripada itu. kalaulah saya jadi dia,  saya tak boleh bayangkan kepedihan hati menerima takdir dan musibah itu. lebih-lebih lagi kalau semua ini terjadi di negara orang, jauh daripada keluarga dan semua orang. disini, ketabahan, itulah satu-satunya ubat untuk melelapkan keresahan dalam hati akibat ujian dan dugaan yang ditimpa. kalaulah jenayah itu tidak wujud di muka bumi ini, adakah keresahan hati itu tidak akan wujud? tidak, tak semestinya tak akan berlaku, kerana Allah itulah yang menurunkan ujian keatas hambanya dengan pelbagai cara.kalau tak dengan kehilangan barang, mungkin dengan cara lain. nauuzubillah.

ujian daripada Allah tanda kasih….

“dan kami  tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupanya, dan pada kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya,dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)” 23:62, Al-mu’minun:62

kalimatnya, sungguh agung. dan mereka tidak dizalimi atau bermaksud dirugikan. sungguh, kalimat-kalimatnya yang agung itu benar. kita diberi ujian daripadanya bukan kerana untuk merugikan diri kita. mari kita renung bersama, bukan kerugian yang akan kita terima akibat daripada ujian itu. tetapi Al hikmah, ada hikmah disebalik semua itu. anggaplah ujian itu seperti batu emas baru sahaja dilombong di lombong emas, sangat kotor diliputi tanah, tanpa bentuk menyebabkan batu emas itu tak lawa, tetapi setelah melalui proses-proses seterusnya, jadilah ia sebentuk cincin yang dihiasi pula dengan permata yang berkilau-kilauan. apakah kaitanya dengan musibah yang ditimpa kita tu? hehe, kaitkanlah sendiri.

jadi, Dia amat lah tahu bahawa demi menyelamatkan seorang manusia, caranya ialah susah-susahkan,diuji, dihukum dan diberi tanggungjawab yang berat dan penting..

-itulah tanda sayang dan cinta yang sebenarnya-


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: