Aku makhluk neraka

Wahai tuhan ku tak layak ke syurga mu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.

Jika tak ke syurga, ke neraka
Jika tak ke neraka, ke syurga
Pilihlah antara syurga dan neraka

Perbuatan ku perbuatan ahlunnar.
Bagaimana aku bisa mendapat darjat ahluljannah?

Kulihat yang lain berlari lari sambil menitiskan airmata mengejar hidayah
Aku juga berlari tetapi lari ku adalah lari dari hidayahMu.

Kulihat disana ada yang mempertahankan hidayahnya sambil menangis teresak esak
Aku juga sedang bertahan tetapi aku menahan diriku daripada terus mendapat hidayahMu.

Kulihat sekelilingku menangis kegembiraan mensyukuri lautan nikmat yang telah kau beri
Aku juga menangis tapi tangisanku adalah tangisan yang merungut akan nikmat yang telah Kau beri

Nafsu adalah bantal pelukku
Kejahatan adalah Makanan pagi ku
Keingkaran adalah minuman dikala kehausan
Kemalasan adalah komputer peribadi ku
Hasad dengki fitnah memfitnah umpat mengumpat adalah gula gula pemanis lidahku

Dimana kedudukan ku sekarang?

Layakkah aku berada dalam kalangan mereka mereka yang sedang berlari,bertahan dan menangis untuk hidayah dari Allah?

Sungguh benar aku tak layak JIKA hitam itu aku tidak putihkan, karat itu aku tidak kikiskan, debu itu aku tidak licinkan.

JIKA begitu, masih tidak mahu berubah

MAKA aku makhluk NERAKA!!!!!!!

 


kepada yang selalu menulis, teruskan lah menyulami hati-hati para pembaca

“Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia… yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah… menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!” (Ustaz Pahrol)


puisi tercipta sebelum tidur

image

aku rebah di kala yang lain sedang rebah,
namun ku pandang kiri gelap ku pandang kanan gelap,
mahu bangkit sebelum ada kata kata sinis terhebah,
terus ku bangkit sambil peluhku darahku airmataku aku ngelap,
aku lalui semua duka dan lara suka dan tawa dengan kepekatan indahnya muhasabah,
menjadi pasti apa yang tertulis untuk diriku yang masih tullab.

-Acap-


AKU SUDAH PULANG KE KOREA

hari ini masuk hari ke2 Aku terpisah daripada umi baba dan keluarga ku yg lain. Juga aku terpisah daripada suasana hidup sebagai seorang penganggur mewah. hidupku setiap hari terhidang dengan makann yg sedap2, tidurku diatas katil atau tilam yang empuk, subuhku dikejutkan oleh ummi dan baba ku, bajuku dilipat oleh ummi dan kakakku, kekedai aku di’drive’ oleh kembarku atau abgku, duit poketku diberi oleh ayahku dan xperlu ke mesin atm untuk mengambilnya. segala2nya disediakan begitu tersusun. dengan suasana damai indah malaysia, sekeliling kita org kita, ckap bahasa kita.

Tapi disini berbeza dan sungguh berbeza.dua bulan aku tinggalkan kesusahan, dua bulan aku mengecapi kenikmatan, dua bulan otak ku kosong dari ilmu ilmu engineering dan selama dua bulan juga aku tinggalkan khidupan yg stress menghimpit jiwa.

sungguh banyak nikmat yang kau beri pada ku yaAllah.

SUBAHANALLAH
ALHAMDULILLAH.ALLAHUAKBAR.ASTAGHFIRULLAH.

kini aku harus sedar. harus bangkit dan terima kenyataan serta realiti ini dimana AKU SUDAH PULANG KE KOREA. aku sudah memijak di bumi ini…….

tetapi yaAllah, kenapa jiwa ku sungguh terasa sempit.Seolah2 tidak mahu terima hakikat yang jasad ku sudah berada disini.Sungguh yaAllah, Jiwa ku masih berada di sana. aku terasa ingin dekat bersama dengan mereka, namun aku kejauhan. yaAllah, tunjukilah jalan agar aku tidak se’down’ sebegini. aku tersiksa…Sungguh.

tidakkah Kau sentiasa dekat bersama dengan hamba2nya. sungguh aku benar berdosa, khilaf. Ampunkn aku yaAllah. kau sahajalah yang mampu menghilangkan rasa sempit didadaku ini daripada peritnya merindui ummi baba dan keluargaku serta suasana itu.

kau maha pengampun dan maha penerima taubat.

Amin amin amin ya rabbal alamin..


DAkwah & STUdy…. capailah yang agung itu

DaKwAh & sTadi

bUkaN sEPerTi JOngkANg-joNGkeT

 

Lia, jomlah pergi usrah

Lia, jomlah berdakwah

Lia, ummah semakin koyak

Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

 

 

Aku tidak mahu

Aku kena study

Markah semester lepas dah cukup teruk

 

 

Gara-gara dakwah, tarbiah dan program

Aku menyesal megikuti semua itu

Bosan!!

 

 

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya

 

 

Bukan ke islam tu syumul

Kalau nak berjaya, kena study

Waktu study, studylah

 

 

Esok kalau dah berjaya

Aku buatlah kerja dakwah tu

 

 

Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

 

 

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit

 

 

 

Jongkang jongkit?

Apa kau merepek ni?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam

jongkang jongkit

 

 

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah

Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah

 

 

Tu bukan dakwah namanya

Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

 

 

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar

terus

Tak boleh inversely proportional

 

 

Apa maksud kau?

 

 

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

 

 

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan

 

 

Macam gini, bila dah berdakwah tu

Rasa senang je nak study

 

 

Bila belajar tentang jantung misalnya

Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri

 

 

 

Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kenapa?

 

 

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah

Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah

 

 

Rasa senang hati nak terima ilmu

Kalau orang lain study 1 jam

Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa?

 

 

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

 

 

Aku tak pernah rasa semua itu

 

 

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

 

 

Tak, itu bukan maksud aku

Cuma kena checklah sikit hati tu

Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak

berlaku tarik tali dengan Allah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh

 

 

Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,

Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar

 

 

Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi

Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah

Ada keraguan dalam hati

 

 

Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

 

 

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi

 

 

Kita berdoa, tapi takde kesungguhan dalam doa kita

 

 

Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

 

 

Lia dah faham

Lia kena banyak muhasabah

Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk

 

 

Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah

Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

 

 

Lia, sahabatku,

Seorang ibu pernah mengatakan

Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku

 

 

Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam

 

 

Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka

merasakan keindahan Islam

 

 

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku

Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri

Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah

Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,

 

 

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna

kedua kisah sahabatku di Indonesia

Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama

 

 

Menjadi motivasi buat kita untuk terus

berada dalam mandala ini.

 

 

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.

 

 

Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia

berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya.

 

 

Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

 

 

Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.

 

 

Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.

 

 

Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu

juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

 

 

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan

Assyahid Imam Hassan Al Banna:

 

 

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.

Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.

Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.

Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.

Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

 

 

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?

Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.

 

 

Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

 

 

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.

Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab “Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.

Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

 

 

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.

Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.

Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.

Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

 

 

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

 

 

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.

Ayuh berada dalam saf perjuangan.

 

 

“Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. [surah ali imran : 110]

 

 

sumber:http://pu3raudhah.blogspot.com/2009/09/dakwah-dan-study-bukan-macam-jongkang.html


REhLAh di Inha University, Incheon Korea.

Alhamdulillah, pada minggu lepas, dengan izin Allah, kami buat rehlah gabungan antara dua group usrah. moga dengan rehlah ini memantapkan lagi ukhuwah islami antara kami semua.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatanya. kekalkanlah kemesraan antara hati ini dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadamu. hidup dan suburkanlah hati-hati ini dengan ma’arifat tentangmu. jika engkau mentakdirkan MATI, maka MATIKANLAH pemilik hati-hati ini sebagai para SYUHADA dalam perjuangan agamamu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Aku tidak keseorangan

Aku hidup atas jalan mu Allah. aku bernafas dalam kalimah-kalimah tauhid mu Allah. aku bergerak menegakkan kalimahmu, bukan SEORANG, tetapi didalam barisan jemaah. tidakkan engkau berkata dalam surah assaff, engkau mencintai orang-orang yang berperang dijalan engkau dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan tersusun kukuh.

tatkala aku jatuh, ada yang menggapai tanganku, tatkala aku di puncak, aku menarik yang lain untuk bersama-sama ku. inilah impian yang aku kejari Ya Allah. redha kan lah Ya Allah. Hafizokummulloh. lindungilah kami Ya Allah. aku tidak berseorangan, tetapi disekeliling aku ada mereka. yang senantiasa menyenangkan diri ini untuk melangkah memperkasakan ummah. aku rindukan tarbiah bersama mereka. setiap hari dalam doaku, supaya mereka senantiasa bersama-sama dengan aku. aku terkesan dengan kata-kata ini..

Islam ini ibarat rumah. dan batu bata itu adalah ikhwah-ikhwah. dan simen-simen yang mencantumkan batu bata itu adalah ukhuwah. jika simen itu tidak kukuh, maka robohlah ia.

Ya Allah, aku takut. kerana untuk merobohkan itu mengambil masa yang sekejap walaupun sesaat. jangan dibiarkan ukhuwah antara kami itu rosak dikotori oleh vitus-virus yang jahat.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatanya. kekalkanlah kemesraan antara hati ini dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadamu. hidup dan suburkanlah hati-hati ini dengan ma’arifat tentangmu. jika engkau mentakdirkan MATI, maka MATIKANLAH pemilik hati-hati ini sebagai para SYUHADA dalam perjuangan agamamu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

dari barisan usrah
dan dari umbi tarbiah
muncullah sinaran fikrah
islah terus meniti masa

dari dwan selesa
ke jalanan yang berhaba
pejuang keadilan
dan penjulang kebenaran

bersama islam membina ummah
usaha daulatkan syariah
agar hidup penuh barakah

di dalam sedih dan ketawa
di dalam susah dan mewah
tetap teguh iman dan taqwa

sehati sejiwa dulu kini selamanya
walau apa yang melanda hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi teguhkan iman kami
moga tabah hati tak berbelah bagi

berbekalkan islam membina masyarakat
membentuk umat insan sejagat
setiap mehnah pastinya ada hikmah
berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
prinsip syura jadikan amalan
korban masa tenaga kita
dan fikiran perkasakan maruah kita..

aku terus belajar untuk menjadi da’ie.seorang da’ie yang sedang belajar dan mengajar. tidakkah hidup ini “give and take”. aku dapat sesuatu daripada seorang murabbi, lalu ku beri kepada mutarabbi ku. impian ku hanya satu, untuk menangkan islam diatas muka bumi ini. besarkan cita-cita ini? ya, sangat besar, dan ia akan menjadi omongan kosong jika aku tidak bermula daripada diriku. iaitu membentuk individu muslim. sudah lupakah akan perjalanan muwasafat tarbiah itu. aku harus bermula dengan diriku. ruhiku perlu diisi dengan tarbiah mentauhidkan Allah.

Ya Allah, tsabatkanlah aku. tetapkanlah aku dijalan ini. tetapkan juga sahabat-sahabat ku juga, kerana aku dan mereka bergerak seiring menuju kejalan mu Allah. jadikan kami perwira, pejuang yang sentiasa bersiap sedia menuju medan dakwah ini. tetapkanlah kami.menjadi da’ie yang sentiasa mengharapkan keampunan darimu. Amin…

mereka kekuatanku

meraka harapan ku

moga segar disirami ukhuwah sejati