Aku tidak keseorangan

Aku hidup atas jalan mu Allah. aku bernafas dalam kalimah-kalimah tauhid mu Allah. aku bergerak menegakkan kalimahmu, bukan SEORANG, tetapi didalam barisan jemaah. tidakkan engkau berkata dalam surah assaff, engkau mencintai orang-orang yang berperang dijalan engkau dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan tersusun kukuh.

tatkala aku jatuh, ada yang menggapai tanganku, tatkala aku di puncak, aku menarik yang lain untuk bersama-sama ku. inilah impian yang aku kejari Ya Allah. redha kan lah Ya Allah. Hafizokummulloh. lindungilah kami Ya Allah. aku tidak berseorangan, tetapi disekeliling aku ada mereka. yang senantiasa menyenangkan diri ini untuk melangkah memperkasakan ummah. aku rindukan tarbiah bersama mereka. setiap hari dalam doaku, supaya mereka senantiasa bersama-sama dengan aku. aku terkesan dengan kata-kata ini..

Islam ini ibarat rumah. dan batu bata itu adalah ikhwah-ikhwah. dan simen-simen yang mencantumkan batu bata itu adalah ukhuwah. jika simen itu tidak kukuh, maka robohlah ia.

Ya Allah, aku takut. kerana untuk merobohkan itu mengambil masa yang sekejap walaupun sesaat. jangan dibiarkan ukhuwah antara kami itu rosak dikotori oleh vitus-virus yang jahat.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatanya. kekalkanlah kemesraan antara hati ini dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadamu. hidup dan suburkanlah hati-hati ini dengan ma’arifat tentangmu. jika engkau mentakdirkan MATI, maka MATIKANLAH pemilik hati-hati ini sebagai para SYUHADA dalam perjuangan agamamu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

dari barisan usrah
dan dari umbi tarbiah
muncullah sinaran fikrah
islah terus meniti masa

dari dwan selesa
ke jalanan yang berhaba
pejuang keadilan
dan penjulang kebenaran

bersama islam membina ummah
usaha daulatkan syariah
agar hidup penuh barakah

di dalam sedih dan ketawa
di dalam susah dan mewah
tetap teguh iman dan taqwa

sehati sejiwa dulu kini selamanya
walau apa yang melanda hadapi bersama
Ya Allah Ya Rabbi teguhkan iman kami
moga tabah hati tak berbelah bagi

berbekalkan islam membina masyarakat
membentuk umat insan sejagat
setiap mehnah pastinya ada hikmah
berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
prinsip syura jadikan amalan
korban masa tenaga kita
dan fikiran perkasakan maruah kita..

aku terus belajar untuk menjadi da’ie.seorang da’ie yang sedang belajar dan mengajar. tidakkah hidup ini “give and take”. aku dapat sesuatu daripada seorang murabbi, lalu ku beri kepada mutarabbi ku. impian ku hanya satu, untuk menangkan islam diatas muka bumi ini. besarkan cita-cita ini? ya, sangat besar, dan ia akan menjadi omongan kosong jika aku tidak bermula daripada diriku. iaitu membentuk individu muslim. sudah lupakah akan perjalanan muwasafat tarbiah itu. aku harus bermula dengan diriku. ruhiku perlu diisi dengan tarbiah mentauhidkan Allah.

Ya Allah, tsabatkanlah aku. tetapkanlah aku dijalan ini. tetapkan juga sahabat-sahabat ku juga, kerana aku dan mereka bergerak seiring menuju kejalan mu Allah. jadikan kami perwira, pejuang yang sentiasa bersiap sedia menuju medan dakwah ini. tetapkanlah kami.menjadi da’ie yang sentiasa mengharapkan keampunan darimu. Amin…

mereka kekuatanku

meraka harapan ku

moga segar disirami ukhuwah sejati


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: