saya exam..tadi da jawab..tapi…….

penat lah. serabut. hati berkecelaru. sedih. sia2 je selama ni.ruginya ni, ruginya tu…

kata-kata “mutiara” ini yg selalu sgt terkeluar dari mulut bila lepas jawab exam dan lagi-lagi bila tak boleh jawab.

itu dulu~ tetapi kini aku mengerti. aku mengerti takdir itu milik yang maha besar. miliknya, dan keseluruhannya adalah miliknya. dijadikan exam2 ini bukan untuk kita rasa bahawa dengan usaha kita itu, kita dapat A+.. dengan doa ini mengubah kita dapat A+…bukan.. bukan itu. tiada apa yang dapat mengubah dengan kudrat seorang manusia, lantas yang sebenar-benarnya berkuasa keatas itu adalah Dia, Allah.

Dengan exam2 ini, Allah mahu melihat sejauh mana pergantungan kita dengan Dia. adakah kita bergantung padanya ataupun tidak. kuasa hanyalah miliknya. raja kepada segala alam.

وَمَا رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ‌ۚ
“dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar”

Dan diatas kehendaknya sahajalah kita dapat menerima A+ , B, ataupun fail. bukan kerana dia hendak menghukum kita, bukan kerana dia nak suruh kita ckp” Ya Allah, kenapalah engkau menghukum aku sebegini smpai aku dpat fail, apa salah aku, penat aku study..tapi fail…penat je Ya Allah…..”  tetapi untuk kita berkata begini ” Ya Allah, jika ini takdir yang telah ditetapkan kepadaku, aku redha, sesungguhnya kepada engkau sahajalah fikiranku, hatiku, jasadku BERSERAH kepadamu. pimpinlah aku kejalan yang kau redhai, bukan jalan yang kau murkai…”

apa ni, lantak aku r, aku berhak kecewa, aku ada perasaan. aku memang tak puas hati..kenapa yang aku belaja bnyk x masuk..eeee…geram geram geram… ala, ko dapat jawab semua boleh la kau cakap macamni. dunia kita lain ok…fine…

ya, aku faham, faham akan keadaan mu yang begitu impikan “all perfect”. tetapi lantas disebabkan itu pergantungan kau terhadap sang pencipta dirimu itu hilang begitu sahaja? tegarkah kau begitu. mengetepikan tuhan yang menciptakan dirimu. kecewa, gembira, senang, kaya, miskin, semua dan apa sekalipun situasi hanyalah kepada Allah sahaja kita berserah. selepas kita ungkapkan kata-kata tawakkal ala Allah, jika masih ada ragu-ragu, ucapkanlah semula dengan penuh keyakinan dan penyerahan hati kepadanya. bacalah kalimah-kalimahnya yang tertulis didalam mukjizat yang agung itu. kembali menilai semula bagaimana hubungan kita dengannya. taubat kita, sujud kita, pertuturan kita dengannya, adakah sudah kita lakukan dengan terbaik? jika belum, jangan sekali merungut akan takdir yang telah ditetapkan padanya. sesungguhnya pada hamba-hamba yang soleh itu, takkan pernah cukup taubat, sujud dan perhambaan kepada Allah.

ada orang, kerana kecewa, dan tak mahu “fail” lagi, berazam pada diri untuk menumpukan seratus peratus dalam pelajaran sahaja dan tugas yang dipegangya sebagai seorang dai’e dilupakan dan dicampakkan ke priority no 2 atau 3 atau sudah dikuburkan dalam kamus hidupnya untuk sementara waktu, dan nanti akan digali semula ketika musim cuti nanti. dimanakah tsabatnya? konsisten yang diperlukan sebagai seorang da’ie itu terlempar jauh dek kerana ingin kejarkan cita-cita untuk lulus dengan cemerlang dalam calculus, thermodynamics, physical chemistry, biology.

eh, aku sibuk la..bnyk GILA kot kerja, assigment lagi, tu, projek 창공 aku, x siap2 ag kot….assigment utk calculus, satu hapak tak wat ag.. minggu depan nak kene hantar report 과학영어 lagi. quiz online bio da la susah, nak kene baca dulu, baru boleh jawab. mana aku nak siap semua tu kalau aku duk asik nak g sana sini berprogram sana sini, usrah sini sana. jumpa orang tu org ni…

puas? sudah puas kau merungut lantas meletakkan priority dakwah kau ditempat yang kedua? hey, ingatlah awak-awak semua, kejayaan islam itu pasti datang, dan tanpa kita atau dengan adanya kita kejayaan itu akan bersinar satu hari nanti, tinggal kita mahu terlibat ataupun tidak. dan bila keutamaan dakwah itu diletakkan di tempat kedua maka lama kelamaan keutamaan itu menjadi tempat yang ketiga kemudian keempat lantas terkubur meninggalkan jiwa kita.

resah dan masih gelisah akan soalan yang aku jawab tadi. kenapa semuanya tak betul, da la masa tak cukup

ayuh, tenangkan semula, tenangkan semula dengan zikrullah.

 ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ 

orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat hati Allah.,ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

apa jua keputusan yang kita perolehi, ingatlah bukan kerana usaha kita. dan juga bukan kerana doa kita. tetapi kerana Allah yang menentukan begitu. mungkin ramai yang menggangap kerana doaku lah Allah bagi aku lulus.. tidak wahai rakanku. doa itu adalah satu medium untuk kita menyerahkan diri kepada Allah. untuk kita berbicara dengannya tatkala kita rimas, gelisah, hampa dan juga gembira…melalui doa dan sujud kepadanya sahajalah kita luahkan semua itu. kerana harapan untuk subur kembali pasti ditemui dalam sujud serta ungkapan bicara kepadanya.

Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.

Untuk mendapat pahala jihad.

Bukan untuk mendapatkan keputusan.

Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.

Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita

tulisan ku ini bukanlah mengajak rakan2 sekalian untuk berhenti belajar bersungguh-sungguh dan mengambil mudah dalam hal ini. tidak sama sekali. bukan kerana ingin mengatakan “tak payah usaha langsunglah kalau macmni“.

Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangatAllah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan kejayaan dalam pelajaran ini dapat melajukan kita dalam dakwah.

jadi, pergantungan itu haruslah 100% kepada Allah, dan disamping itu berusahalah, berusaha semampu yang mungkin tanpa meninggalkan medan dakwah sebenar kita. berdoalah kepadanya dengan hati yang menyerahkan segalanya kepada Dia dan tanpa ada sedikit ragu-ragu. yakinlah, satu hari nanti, kejayaan pasti menjadi milikmu kerana itu janji Allah bagi sesiapa yang menolong agamanya.

moga diberi kemudahan dalam exam-exam ini yang sangat susah dan memenatkan. dan semoga segala kepenatan itu hilang dengan siraman air pengharapan kepada Sang abadi, Allah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: