Aku hanya manusia bukan malaikat

Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

kadang-kadang,kita sering menafsirkan “diri” ini untuk lebih gah dan maju kehadapan dalam masa yang agak singkat. namun harus kita sedari kita hanyalah insan biasa yang sering tergelincir dari landasan yang sebenarnya. namun disaat kegelinciran itu, kita mampu lagi menjaga sisi-sisi landasan itu supaya tidak bengkok dan rosak walaupun sedikit. tetapi di mata manusia lain, tatkala tergelincir sedikit ini, mulalah ada yang mengatakan kita ini “ha..tu la engkau, dulu nak wat baik-baik sangat.skang, sama je cam dulu ak tgk”.. ataupun “da da la tu, ko memang cmtu, manaleh nak berubah..”.

kata-kata yang tidak ingin didengari, kita  terpaksa dengar  lalu merobek perasaan dan menjatuhkan semangat-semangat insani dalam diri. kerana apa? kerana kita juga manusia. sering ditimpa pelbagai macam dan ragam serta jenis ujian dan musibah. takut untuk didengari kalau-kalau ada ikhwah akhwat kita yang down serta tidak bangun kembali daripada landasan itu, takut juga jika mereka lemah longlai akibat peritnya terasa pabila dilemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya didengar.

namun, kita harus sedar. MANUSIA tetap menjadi manusia. takkan berubah apa yang telah ditakdirkan itu. bersabarlah semuanya, kerana yang pasti selepas mendung pastinya matahari itu muncul jua, kerana itulah takdirnya sang pencipta. kembalilah serta semangatkanlah diri kita untuk terus bersujud, berdoa didalam rasa cinta kepadanya. itulah kekuatan cinta kepada Allah.

masih ada peluang untuk membaiki keadaan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: