fasiru fil ard..sentiasalah berjalan di atas muka bumi

saya suka berjalan. jauh atau dekat, cuba berjalan. berjalan ni kalau ikut bahasa, pergi bersiar-bersiar. bukannya jalan kaki sahaja. kalau jauh, jalan-jalan naik kereta la, ketapi ke..

hari ni, cuba mencari ketenangan di pagi hari. sekitar SKKU ni, banyak manfaat alam yang kita boleh ambil. this is life, rather than hustle and bustle of the city. huh. depan SKKU je ada tasik. dalam SKKU pun ada bnyk grass garden(field garden).

cuaca…menarik.. x sejuk sgt, x panas sgt. just nice around 14~15 degree. bertemankan henfon dan dompet. berfesyen kan sweater, jeans dan topi farid, aku berjalan. keseorangan. terlintas dalam benak fikiranku, bilalah boleh berjalan berdua ye? moga Allah cepatkan. amin.

keindahan yang dia ciptakan tiada bandingan. tidakkan kamu melihat keindahan itu, kata Allah. apakah nikmat yang kamu ingkari lagi?, tanya Allah. sungguh bukti kejadian keindahan alam ada didepan matamu,kata Allah.

hari ni, langit cerah membiru.matahari memancar kuning mewarnai bumi. angin berderu-deru tidak sejuk tetapi dingin yang sedap. bunga-bunga sakura mulai berguguran jatuh melitupi jalan-jalan sehingga menjadi “pink” jalan itu. jalan ku menuju ke tasik. Subahanallah, tasik. dalamnya pelbagai kehidupan. ikan-ikan riang berenang kegembiraan. bangau juga ada yang berterbangan, ada yang sedang mencari rezeki. juga si burung yang menyanyi kegembiraan. semua itu sedang bertasbih kepada Allah. memanjatkan kesyukuran kepadanya. semua yang ada dibumi ini, berjalan atas fitrah yang telah ditentukan oleh sang pencipta yang esa.

<Al anbiya 32>

…Dan kami menjadikan langit sebagai atap yang terpelihara, namun mereka tetap berpaling dari tanda-tanda(kebesaran Allah) itu(matahari, bulan, angin, awan, dan lain-lain)..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: