telah ku mengerti…ku faham…

kini, aku tersedar dari buaian lena mimpi yang mengheret aku ke lorong-lorong neraka. aku sedar akan apa tujuan penciptaan aku sebagai makhluk Allah yang kerdil ini. aku terbangun menerokai sebuah alam dan menuju ke jalan yang mengheret aku untuk menjalankan tuntutan sebagai seorang islam.

dijadikan setiap manusia tak lain tak bukan untuk beribadah kepadanya. itulah matlamat aku. cukup sudah kitaran bodoh yang melampau!!. dunia tarbiah kini menjadi medan serta keutamaan dalam setiap perkara yang aku lakukan. Ya Allah, tuhan yang menciptakan aku, tsabiTkan lah aku di jalan mu. YA Allah, kekalkan aku dalam jalan ini ya Allah, kerana dengan ini sahaja aku bisa mencium harumnya kemanisan tauhidullah. kemanisan ukhuwah dan cintaku pada dusturku Alquran. matlamat aku, jelas, cukup jelas…tiada lagi pertikaian diri…peranan aku dalam matlamat ini adalah menjadi seorang da’ie. bukankah itu tujuan Allah menciptakan setiap insan di muka bumi ini?

ya Allah, aku kadang-kadang alpa, tugas-tugas sebagai seorang yang menyampaikan agamamu. aku kadang-kadang leka, janganlah disebabkan itu, aku terus tidak berada pada jalan mu ya Allah. aku menangis, hanya keranamu, titisan air mata ku kerana rindukanmu dan pesuruhmu. kekalkan aku ya Allah. aku bahagia menitiskan airmata demi mu. aku peduli lagi dihina, dicerca, dikeji ataupun dikatakan apa-apa oleh orang lain kerana kerana membawa agamamu. tidakkah Rasullullah itu lebih dasyat tentangannya? jika dibandingkan dengan aku ini yang hina, hamba yang pernah terjerumus kedalam lembah penghinaan, Muhammad s.a.w itu, tiada bandingannya.

sedarlah, sudah jelas matlamat. matlamat kita, ALLAH. andai satu hari nanti kau jemputku, jemputlah aku ketika aku sedang menitiskan airmata cintaku kepada mu. jangan sesekali kau jemputku ketika aku sedang melupai mu. aku manusia mudah lupa. aku takut. ya Allah, hanya kepada kau sahaja lah tempat aku bergantung. kepada kau sahajalah. tiada yang lain….

kini ku faham…kerana aku impikan syurga mu….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: