ceritera dirinya dan sang jiwa….masihkah ada peluang?…

kekosongan, kesedihan, kerisauan, kepedihan yang mungkin semuanya akan berakhir tidak lama lagi. tetapi dirinya harus kuat melangkah ke arah jalan yang menuju jalan tauhid yang satu. benak di fikiran jauh di sudut hati, dirinya sering memikirkan masalah itu. sekadar ingatkan cuma perpisahan jiwa yang sementara, tetapi di todak dengan khayalan pengakhiran detik dimana berakhirnya ikatan pengharapan yang dinanti-nantikan. sungguh terseksa dirinya berazam menahan benteng yang mampu memisahkan lagi malah menjauhkan dua jiwa bersatu. tetapi pada akhirnya diterima satu tamparan hebat sang lebah menyampaikan berita madu menjadi pahit……………

apabila madu yang pahit ditelan penuh perit demi mengisi jiwa yang basah ditangisi kasih duka, lantas diri ini membawa kepada cintanya sang pencipta yang agung tanpa melaratkan situasi menjadi lara. bermulalah kisah baru mengenal sang pencipta yang mencipta setiap kepingan sel sel yang berfungsi menggerakkan sumber tubuh badannya. jiwa yang kosong, yang tidak faham akan erti ruhitullah, terisi dengan dekatnya cinta sang pencipta dan dirinya. lantas memikirkan apa yang berlaku pasti hikmah yang tersembunyi itu, di lontarkan “inilah hikmahnya”. perjalanan tak terpijak batu luka, tidak dinamakan perjalanan. lantas, madu manis datang kembali merosakkan kemanisan dirinya dengan sang pencipta. madu manis yang mampu melenakan dan mengenyangkan buaian endong di tiup angin sepoi-sepoi keduniaan. lalu hati yang sudah lama berazam ingin menyiapkan jalan seiring antara dirinya dan jiwa yang didambakan itu membutirkan nafsu-nafsu larangan. nah, lantas ditegar dan ditegur oleh sang jiwa itu melalui kaedah yang ibarat sembunyi dibalik batang lidi. sekembali disedarkan oleh sang  pencipta melalui sang jiwa tersebut, dirinya kembali semula mengukuhkan lagi dan menyambung kembali jiwa rohani dirinya dan sang pencipta ruhnya. berazam dan terus berazam meningkatkan lagi dengan bertanamkan arruhul jadid. lantas memperbaharui diri dengan matlamat yang sama iaitu kearah jalannya yang tauhid tanpa menoleh kebelakang. dalam perjalanan ke arah jalan itu, dirinya sentiasa berharap adanya pendamping disisi ruh dirinya yang mampu mengejutkannya tatkala lena dibuai mimpi indahnya dunia. mengharapkan satu impian kearah persiapan diri belayar ke muara. mengimpikan yang indah. semuanya yang indah ibarat pejam celik sejuta impian telah tercapai. dalam kata-kata sang pencipta dirinya ada dikatakan yang indah itu tidak semestinya yang terbaik buat sang dirinya. kerana itu mungkin sang pencipta menguji dengan satu lagi peristiwa.  sungguh, dirinya tidak sabar lantas menyakiti jiwa yang dia mahukan, lantas menggores kepedihan yang pedih dek racun ketidaksabaran penawar kebahagiaan. sang jiwa berutus mengosongkan dirinya daripada di isi oleh sang dirinya. diketahui jalan yang dilalui tidak sama dan berlainan kelopak dek kromosom-kromosom bersilang berlainan rupa. lalu sang jiwa memilih tidak lagi berdiri mahupun menyentuh benteng yang telah disepakati untuk pegang bersama-sama daripada jatuh walaupun kearah bertentangan. tatkala ketika ini, dirinya melopongkan jiwa nya yang terguris oleh kagetnya pepatu terbang. perlahan-perlahan menarik nafas menghela nafas agar roh ini tetap terus bergerak mengabdikan dirinya kepada sang pencipta. namun dirinya masih lemah, terus lemah dan longlai. ibarat jika tiada sebatang tiang di pondok tiang satu, maka runtuhlah ia. mencari-mencari kelemahan dahan yang mudah rapuh lalu menyambungkan kembali tetapi tiada hasilnya. doa sang dirinya membawa kepada tangisan sanubari. suci tidak suci cintanya dirinya sudah lagi tidak dapat mengenal pasti. mengenggam batu-batu tertulis janji lantas tiba-tiba ia hilang begitu sahaja kerana bertukar menjadi debu-debu yang berterbangan. penantian yang menggembirakan kerana mendekatkan dirinya dan sang pencipta sudah hilang. tiada lagi penantian. tiada lagi pengorbanan untuk penantian itu. yang ada hanyalah perhentian kerah memenuhkan air-air didalam ruh dirinya yang sudah dahaga keletihan. lagu-lagu terhenti seketika. biarlah, biar kan semua itu. biar dirinya pendam, pendam yang mampu menyakitkan lagi hati dirinya. biarkan semua berlaku kerana dirinya masih mencari sang hikmah untuk mengubati dirinya……

indah, seketika indah nya, tatkala ada bayangan memikirkan tentang perkara ini, jiwa dirinya terhenti, sebak memikirkan perkara yang berlaku yang sudah dikirimkan masalah ini kepada sang pencipta ruh dirinya. tiba-tiba, datangya seekor kucing yang kemudiannya bertukar menjadi ular berbisa yang mematuk sang dirinya  lantas rebah sekali lagi. tidak habis lagi duka, tambah duka. saat dirinya dipatuk berita yang menambah kehibaan, langsung tak bermaya bila mendapat khabar sang jiwanya yang dinanti-nantikan satu ketika dahulu bakal menyulam benang-benang kemanisan kepada jalan maratib amalnya. dirinya terkejut, lesu tak bermaya, tetapi jika dikenangkan kembali, setidaknya dirinya tahu akan tujuan sang jiwa itu melabuhkan tirai kelopak mawar yang segar dek embun pagi menitik-nitik kebasahan riang. dalam pada masa yang sama, gamam menjadi tergamam, paku menjadi terpaku, kejut menjadi terkejut dengan kehujanan berita sulaman benang itu.

mengapakah? mengapakah? mengapakah? jawablah sang jiwa. lalu tiada kedengaran jawapan. titisan air mata berderu kejatuhan seperti embun di waktu pagi. dirinya bertemu dengan jiwa yang dihantar oleh sang pencipta untuk mengejutkan dirinya lantas dapat bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. jiwa yang dihantar oleh sang pencipta itu juga mengajar dirinya belajar erti kematangan dan mematangkan segala benih yang ada disudut hatinya. jiwa itu yang dihantar oleh sang pencipta membawa perubahan sang dirinya kearah perubahan yang mendapat cahaya rahmat sang pencipta. namun, dirinya sentiasa menharap ada lagi kelopak yang tinggal di dahan itu biarpun sehelai ataupun secebis kerana cebisan itu mampu menumbuhkan kelopak-kelopak yang lain. tunggu, tunggu, sambut dirinya, bawa dirinya, pimpin dirinya ke arah syurga yang hakiki. walaupun detik dan perjalan antara jiwa dan dirinya masih jauh, ayuh bermimpi mengimpikan syurga itu kerana dengan mengimpi dan bermimpi dapat mendekatkan lagi dirinya dengan sang pencipta. tidak akan ada lagi lafaz madu boleh dikatakan, kerana itu jarum yang menikam dada, tiada lagi bisikan-bisikan angin, kerana angin itu mampu merobohkan tembok penantian. yang dirinya berharap adalah satu penyatuan antara kelopak dan dahan bertaut semula, yang mampu memanjangkan akarnya kearah sujudnya kepada sang pencipta. dirinya tiada batas yang mampu melawan takdir ketentuan sang pencipta, dirinya sentiasa menunggu berharap akan jiwa yang dicari selama ini dan terus menunggu- menunggu. kenapa dirinya begitu? sulaman benang bakal dihiasi emas dan senyuman, kenapa masih menunggu? kerana dirinya sudah tiada jawapan lain selain menunggu. biar keletihan menunggu, dirinya tetap akan menunggu biarpun segalanya sudah terjadi, dirinya tetap akan menunggu sang jiwa di syurga. ya, di syurga la penantian limit-limit terakhir yang mampu dirinya tunggu. tetapi jika di syurga sekalipun dirinya tidak diberi kesempatan oleh sang penciptanya, barulah dirinya redha, kerana sudah tertulis di daun-daun hijau bahawa takdir dirinya dengan sang jiwa tertulis di daun kering dan tidak bermaya. menunggu ke syurga, membuatkan dirinya yakin mampu mendekatkan dirinya kepada sang pencipta. kerana bila hati dirinya kosong, dirinya tahu kepada siapa dirinya akan menghadap, iaitu kepada sang pencipa  dirinya. itulah dirinya…dirinya benar-benar ikhlas.

ya rabbi, ya sang pencipta…..

jika benar sang jiwa untuk dirinya, maka dekatkanlah hati mereka…

..dan andai sang jiwa bukan untuk dirinya miliki..

temukanlah dengan seseorang yang terbaik dan lebih baik..

namun, bolehkah dirinya membuat permintaan lagi kepada sang pencipta? iaitu dirinya ingin meminta semoga yang terbaik itu adalah SANG JIWA….

jika benar dirinya masih ada peluang…kurniakanlah rahmat itu..Amin….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: