OPS ruhi….(kempen ruhi)

ayuh!! semarakkan. beramai2 kita lakukan bertambah kemanisan ukhuwah itu.

kenapa mesti ruhi? ruhi perkataan yang sama dengan roh. rakan2, ketahuilah manusia terdiri daripada 2 komponen iaitu jasad dan roh. surah assajadah ayat 7-10, ada menceritakan asal kejadian manusia dimana manusia diciptakan daripada tanah kemudian dia menyempurnakan dengan meniupkan roh kedalam tubuh masing-masing. sehingga lah sekarang kita masih merasai hidup diatas muka bumi ini dengan sempurna. Alhamdulillah. maha suci Allah. Allahuakbar. namun sedarkah kita setiap ciptaan Allah itu ada hikmah di sebalik itu. ciptaan jasad daripada tanah, merupakan hikmah dan ciptaan dengan meniupkan roh kedalam jasad juga merupkan hikmah yang perlu difikirkan bersama.

jika jasad itu luka, kita ikhtiarkan dengan pergi hospital, makan ubat atau bermacam-macam ikhtiar yang boleh dilakukan. tetapi bagaimana pula dengan roh? apa yang penting? roh atau jasad? rakan2, jom kita fikirkan sejenak, antara roh dan jasad mana lagi utama. jasad tanpa roh, seolah2 jika  ratu cantik yang mati, adakah ada orang masih bernafsu atau mahu kahwin  dengan dia? jasadyang diciptakan daripada tanah ini, jika tiada roh, maka x bermakna. tapi kalau roh tanpa jasad? sebelum kejadian jasad, kita berada di alam roh, selepas mati, roh diangkat dan jasad yang terkulai layu itulah yang ditanam ditinggalkan nun jauh diperut bumi. nah, roh menang pada jasad. sesungguhnya roh ini urusan Allah. surah al isra’ ayat 85: ….ruh itu termasuk urusan tuhanku,sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit….

jadi, ayuhlah kita mengenyangkan ruhi kita dengan memberi makanan ruhi yang secukup2nya penuh vitamin dan segala khasiat. caranya bagaimana? ingatlah Allah. zikrullah, tilawatulquran, qiamullail, assiyam(puasa), hafazul quran, membaca bahan2 ruhi dan lain-lain.  mari kita semua, kenyangkan ruhi kita dengan amalan-amalan tersebut. Insyaallah dengan itu, hati menjadi tenang dalam melakukan gerak kerja dakwah kita. Ayuh!!!….

“..Dan sekiranya kami tidak memperteguh hatimu, niscaya engkau hampir saja condong sedikit kepada mereka..” surah Al isra’ ayat 74.

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: