winter class pertama ku

sudah berlalu kisah ku di SKKU seoul campus…yup, sudah berlalu meninggalkan seribu kenangan. yelah, dalam suasana baru. lalu apa yang tak terbuat sepanjang berada di situ, lupakanlah, kerana masa memang x pernah cukup untuk memenuhi jadual belajar yang setiap hari hingga sabtu bermula jam 9 hingga 12. wow, 3 jam disitu. perkenalkan lecturer aku, namanya Daniel Hobbs. takde gamabr disini. cara dia mengajar tiada rehat, kecuali dia nak pergi tandas, itupun dalam masa 2 minit, dan betul2 2 minit dia pergi tandas. so, rehat kami adalah 1~2 minit sahaja lah. tapi takpe, selalu juga dia datang lambat and selalu juga dia habiskan awal. bersyukur dapat dia sebagai lecturer aku kali ni. kali ni, secara kesimpulan yang aku boleh katakan hmmh, lebih faham apa yang diajar, sebabnya, 1)masa kosong yang banyak yang boleh buat exercise 2)dapat study leave 3) ada tempat study(연람실) yang sangat menarik. 4) azim dapat luahkan masa banyak dengan kitorg(kalo x asik sibuk ngn 창공 dia je).

nah, kini perkenalkan 2 orang kawan aku yang sama-sama duk redah snow pagi2, naik bas 160 (kalau turun2 tgk jam kul 7.45 a.m mmg kene naik subway), menapak satu tapak demi tapak sampailah ke kelas yang besar memuatkan 80 orang. tak de dorang ni, x leh survive gak aku rasanya. sapa mereka tu? ni ha, kat bawah:-

namaku Azim

ini lah mereka berdua. Azim cikgu kitorg. huahuaaa. dia tu seryes memang 짱이다. haha. banyak gak kene marah ngn dia, yela cikgu kan, mestila kalo buat takbetol kene marah. haha. thnks azim, jasamu dikenang.

sebenarnya, SungKyunKwan Univ(SKKU) ada dua campus. satu di suwon(natural science campus dimana dak2 engin, doktor, scientist2,arkitek2 dll) dan satu lagi di Seoul(humanities and social science dimana dak2 law, ekonomi, arts dll). dengar cerita nak wat satu lagi campus ntah kat mana. haha. SKKU merupakan Univ yang berjaya menstabilkan taraf dan kemajuan di kedua-dua buah kampus ni dan banyak menolong univ ini dalam menjulang namanya sebagai universiti terbaik di korea selatan. sebenarnya mempunyai 2 buah kampus yang berada pada jarak yang agak jauh, adalah suatu yang mencabar bagi pihak pengurusan universiti,tidak seperti univ2 lain yang kampus social science dan natural sciencenya berada pada jarak yang amat dekat bahkan ditempatkan dalam satu kawasan yang sama. tetapi SKKU telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan meletakkan univ ini di ranking yang tinggi serta menjadikan univ yang tersenarai dalam list “the best univ” oleh rakyat korea sendiri. dah memang SKKU ni suka jauh2 kot, dia punya hospital pun dekat  gwanghwamun, pun jauh juga. biarlah univ ini dengan keunikannya yang tersendiri.[sumber daripada Sungkyunkwan Times December 2010]

campus di suwon

seoul campus(main campus)

aku belajar di suwon lah, sebab engineering kan. hmmh.. tapi seryes seoul campus bes. haha. dua2 best lah, nak sedapkan hati. haha. inilah yang best belajar kat SKKU, ada dua campus, agak2 bosan ngn environment yang sama, amik la class kat campus satu ag(kalo ada la subjek yang kita nak amek tuh).  jauh perjalanan luas pemandangan banyak yang dapat tahu. Alhamdulillah. lepas ni, balik semula lah ke suwon campus, huhu. da lama tak jejak kaki kat situ. hmmh. nanti sem depan jumpalah kita.

sepanjang di SKKU seoul campus, banyak benda yang aku terokai, seperti tempat2 menarik. memandangkan kedudukan univ itu di daehagno(대학로) memang banyak benda menarik kat situ. kedai makan superb, tempat shopping pun ada, cuma tak sempat singgah. huhu. kawasan tu luas, x sempat lah nak terokai semua. huahaua.

inilah sedikit 2 3 cebisan kenangan ku semasa di winter 2010/2011. itu yang aku dapat dan perolehi. semua benda yang baik dan berguna, akan aku sematkan dalam jiwa dan sanubari ku, apa yang buruk itu, aku lempar jauh2 dan menjadi peringatan buat diriku. sekian, kisah SKKU di winter 2010/2011

bye2 jumpa lagi


One response to “winter class pertama ku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: