………MAAF TUK BERPISAH……….

kau tahu tentang hatiku, yang tak pernah bisa melupakanmu

kau tahu tentang diriku, yang selalu mengenangmu selamanya

kini ku sedari, bahawa semua itu adalah salah dan juga keliru ,

akan membuat hati menjadi ternodai……..

maafkanlah segala khilaf, yang telah kita lewati, telah membawamu kedalam jalan, yang melupakan tuhan

kita memang harus berpisah tuk menjaga diri, untuk kembali harungi hidup dalam redha illahi~~~~

ku tahu bahawa dirimu mendambakan kasih suci yang sejati,

ku yakin bahawa dirimu merindukan kasih sayang yang hakiki”

kini ku sedari, bahawa semua itu, adalah salah dan juga keliru..akan membuat hati menjadi ternodai~~~~

~dan bila takdirnya kita bersama, pastilah Allah kan menyatukan kita~

berpisah!!!!!!!!ah, taknak. lantak r. aku nye suke, aku nak kawin ngn dia. so, xyah r berpisah2 ni. nanti da kawin nanti, setel la. cuba kalau berpisah, kang nanti si dia pg kat org lain pulak. ak plak tbe2 suke kat orang lain pulak, tak nak la. aku nak dia je. kita memang dah ditakdirkan, so xyah ngada2 nak suh berpisah. nanti  pas abes belaja dalam 2 3 4 tahun nnt kitorang kawin lah~~~~~bla bla bla bla…………..

huh, pernah ke hadapi situasi sebegini. nak citer pasal kaple2, cinta2 ni, kat blog orang lain da belambak dah. apa yang nak kene tekankan kat sini? hmmh..

tak pernah ke terfikir satu hari nanti, kemanisan bercinta itu hilang semasa didalam perkahwinan? cuba bayangkan.sebab bila dah lama sangat duk asik bercinta je, nanti dah kawin bosan. apa erti cinta ni? jawablah sendiri.

sedarkanlah diri kita bahawa tak kemana cinta yang kita cinta sebelum kawin. melainkan kalau terus kawin, tak tunggu 2 3 4 tahun lagi tak pelah. tetapi, adakah cukup persediaan diri kita ini untuk kawin?

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?
Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.”

nah, kembali kepada matlamat kita, kita nak apa? tak nak ke kita melihat dunia islam kembali menguasai dunia sepertimana kita pernah kuasainya ketika zaman khilafah islam? untuk kearah itu, kita harus punyai kefahaman tentang itu untuk melahirkan anak dan mendidik anak itu supaya bersama sama menggoncang dunia satu hari nanti.

bagi yang sedang hangat bercinta, toleh kembali seketika. belajarlah cintakan Allah terlebih dahulu. kerana cinta kepadanya adalah cinta yang agung. Allah lah yang kurniakan cinta. yang lahirkan cinta dalam diri kita. segalanya miliknya. Allah Al malik.  tinggallah si dia kerana Allah, jangan takut, jangan bersedih, la tahzan ya akh. sesungguhnya Allah  bersama orang-orang yang sanggup berkorban deminya. Allah sayang kepada kita. tetapi sanggupkah kita meletakkan cinta kepada Allah ketempat ke dua, ke tiga atau sebagainya? tergamakkah kita? cintailah Allah lebih dari anda cintakan kekasih anda itu. maka dengan itu, anda mampu meninggalkan si dia dengan hati yang rela tanpa penyesalan. belajarlah mencintainya. suatu hari nanti, Allah pasti menemukan kembali dengan si dia jika benar-benar itu tertulis dalam takdir hidupmu. yang terbaik itu, adalah urusan Allah. dan yang buruk itu juga adalah urusannya juga tetapi melalui diri kita.  kita tinggalkan si dia kerana Allah, itu pengorbanan yang asli, semoga Allah menemukan kembali dengan si dia dalam ikatan yang lebih manis serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

ya, saya akui, ini merupakan jalan yang sukar, keputusan yang sukar untuk berpisah dengan si dia. kerana apa sukar? kerana kita tak jelas matlamat kita. matlamat islam. suburkanlah kefahaman didalam jiwa kita, dengan kefahaman tentang islam. basahilah ia dengan mehwar imani. tanamlah benih benih iman supaya kelak tumbuh segar pokok-pokok keimanan yang mampu membuahkan buah keimanan yang manis tak terhingga.

dah berpisah? alhamdulillah. so, apa nak buat? mesti tertanya2? kan?

mulakanlah proses tarbiah dalam diri kita, sehingga punyai roh yang meniupkan “hidup mulia atau mati syahid”

carilah rakan yang mampu membimbing kita kearah mencapai redha Illahi, kerana Redhanya itulah titik perjuangan kita. wallahua’lam.


One response to “………MAAF TUK BERPISAH……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: