La, kan dah kata……

kan dah kata kalau dah terbangun kul 5.30 tu, bangun jelah. tak payah tunggu tunggu  pukul 6. bila dah tidur, semua nya terlepas. jangan harap bunyi angin, bunyi alarm pun tak boleh nak dengar bila sambung tidur daripada terjaga. semua tu iman dik. iman je yang mampu menggerakkan hati kita untuk bergerak menuju ke tandas pagi tu. tak kuat iman, susah la sikit. oleh tu, sebelum tidur, betulkan kembali iman kita. berzikir. baca surah al mulk, assajadah. kalau boleh, solat sunat jap.takyah lama-lama, sekejap je. lama-lama bila dah biasa, Alhamdulillah. sejuk nyaman malam kita ye. oppss, sebelum tidur tu maafkan semua orang, jangan ada simpan dendam dalam hati,mana tahu roh kita tu sesat tak jumpa jasadnya balik, semuanya terletak di tangan Allah. ok, bila terbangun tu, terus angkat punggung, pergi tandas. eh, jangan lupa hadirkan rasa bersyukur dalam hati tu sebab diberi lagi nikmat untuk menghirup oxygennya. tak payah sebut dimulut pun tak apa, dalam  hati pon boleh. dah bersihkan diri, amik wuduk semua, tengok jam, kalau dah masuk waktu tu, solat terus, kalau belum apa lagi, inilah peluangnya untuk bertahajud kepadanya. search sikit kat google apa kelebihan tahajjud. subahanallah. lepas dah solat semua, cuba untuk tidak tidur, dan buat perkara-perkara faedah(lebih bagus kalau capai quran atau maathurat).

maka, lengkaplah kisah di pagi hari.

*peristiwa ini sesuai untuk orang yang berada di luar negara yang payah nak cari masjid, tapi kalau kat dalam negara GO TO SURAU OR MASJID la ye, kalau tak memang nak kene rotan ler.

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

 

semoga mencapai keredhaanya sentiasa.amin….


One response to “La, kan dah kata……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: