^^^^jahiliyah oh jahiliyah^^^^

aku mau lari.aku mau buang.aku mahu kikis.aku mahu hindar.aku mahu menempelak.aku mahu tinggalkan.

aku mau hilangkan jahiliyah dalam diriku. betapa sukarnya hendak buang semua itu. ianya adalah seperti membuang file di dalam “recycle bin” di screen dekstop.  jahiliyah, mungkin banyak yang telah aku tinggalkan, yang aku telah buang kedalam “recycle bin”, tapi malangnya aku terlupa untuk menekan butang “empty recycle bin”. akhirnya, file jahiliyah aku tu ter”restore” semula. Ya Allah, bantulah aku untuk mendapatkan satu “recycle bin” yang mendelete folder-folder itu secara otomatik.  ada ke “recycle bin” seperti itu? ada ke? kalau ada, berikanlah kepada ku. dosa yang dilakukan mungkin kecil, tapi bila sudah ter biasa dengan jahiliyah kecil itu, maka hati akan menjadi jahiliyah sepenuhnya. bayangkan roti yang ditinggalkan sebulan. lama-lama kulat itu tumbuh dan merebak ke seluruh bahagian roti itu.

sesungguhnya, kenapa Allah tak memberi pemadam automatik itu adalah kerana dia ingin menguji kita. kita di dalam medan pengujiannya. mampukah kita menghadapi semua itu. jikalau ada “recycle bin” yang otomatik itu, maka tiada amalan dan usahalah kita, berlukut la tepi tangga tanpa bergerak. jahiliyah masih berleluasa dan semakin berleluasa. hingga tak dapat dikawal. kembalilah kita kepada fikrah yang mampu membawa kita  untuk meninggalkan jahiliyah-jahiliyah tersebut. Astagfirullahalazim. beristighfarlah kita.

mungkin dalam kehidupan yang menyeronokkan tetapi palsu ini membawa kita kepada kelalaian. oleh kerana itu, tarbiah merupakan jalan atau proses yang membawa kita kepada  “SAYONARA jahiliyah”(selamat tinggal jahiliyah) bagaimana kita mampu untuk mentarbiahkan diri kita? yang pertama-pertama sekali, tarbiahlah dengan cara bersendirian atau individu. ini dipanggil tarbiah DZATIYAH. secara istilahnya tarbiyah ini adalah tarbiyah seseorang terhadap diri  sendiri dengan dirinya sendiri. selain itu, tarbiah juga boleh dilakukan melalui tarbiyah JAMA’IAH  yang membawa maksud kerja-kerja umum yang dikerjakan seseorang, atau ia melibatkan bersama orang lain contohnya tarbiyah yang dibina didalam situasi keadaan sekeliling seperti didalam family, liqo'(usrah), masjid dan sebagainya. tetapi, tarbiyah DZATIYAH  memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk hati supaya menjadi dirinya lengkap dengan sifat-sifat atau akhlak mulia.

“Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang Mukmin, supaya keimanan mereka bertambah selain keimanan mereka(yang ada).”    surah Al Fath:4

tanamkan keimanan didalam hati supaya mampu menntenteramkan jiwa daripada melakukan pelbagai maksiat serta amalan jahiliyah. tinggalkan nya demi mendapat redha illahi. kerana redha Illahi merupakan tiket untuk melangkah ke syurganya yang abadi. wallahua’lam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: